CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 16, 2012

:: kisah penghijrahanku ::

Assalamualaikum semua ^^
Alhamdulillah..syukur kerana masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti biasa..
Alhamdulillah..Ya Allah..aku bersyukur kerana menjadi salah se0rang daripada hambahambaMu yang terpilih...

mungkin ramai yang perasan tentang perubahan dalam diri aku..ramai yang tertanyatanya.."apasal dengan bey0nce tu?? dah berubah ea??"..Alhamdulillah..kat sini aku nak cerita sedikit lah kisah aku..apa yang membawa kepada penghijrahan ni..

kisah bermula 3 bulan lepas..masa tu aku ada exam akhir sem..5/1 ada exam internati0nal trade..Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat jawab..selalunya kita mesti tak cukup tidur kan sebab nak study..es0knya pulak (6/1), aku ada test Statistical probability theory..memang aku tak tidur lah kan..aku hanya tidur 3 jam ja..then bila hari exam tu, aku pening tibatiba..macam nak pitam..aku mintak t0l0ng zaty bawak aku pergi dewan exam..rumet dia, zira siap bagi aku painkiller lagi..bila dah makan painkiller, aku masih pening..aku tahu puncanya..tak cukup tidur..

aku pergi jugak jawab exam..aku sedih sebab tak dapat nak berfikir..sedih bila teng0k kawankawan semua sebuk menulis..bila aku nak tulis, kertas tu macam berpusingpusing..aku tak b0leh teng0k tulisan aku..Ya Allah..apa salah aku sehingga diuji begini..tapi aku masih mencuba..aku dapat jawab beberapa s0alan saja..aku takut kalau fail paper ni..kalau b0leh taknak repeat..

balik saja ke bilik, aku terus tidur..tak bermaya sangat..tak lalu makan..tapi rumet aku paksa makan..aku tidur sampai petang..tak b0leh nak bang0n sebab rasa macam nak jatuh..aku fikir malam nanti b0leh terus sambung study untuk next paper..tapi aku masih pening..malam tu..bermulalah satu sejarah dalam hidup aku..aku percaya, Allah masih sayangkan aku..Dia tidak mahu aku terus lalai dengan kehidupan dunia..

hari tu hari Jumaat..malam tu dalam pukul 3, aku didatangi dengan satu fikiran tentang KEMATIAN..Ya Allah..sungguh selama ini aku tidak pernah memikirkan hal itu..aku tahu, setiap dari kita perlu mengingati mati..tapi aku terus dibuai dengan keindahan dunia yang fana ni..

malam tu, terbayangbayang di fikiranku bahawa jasad aku telah kaku..akulah jenazah itu..aku dimandikan..aku dikafankan..aku dis0latkan..aku ditanamkan..itulah kali terakhir aku b0leh melihat insaninsan yang aku sayangi..rumah aku dikunjungi oleh saudaramara dan sahabatsahabat..Ya Allah..apakah ini ?? adakah ini petanda kematianku...atau adakah ini hidayah daripadaMu untukku...aku cuba hilangkan fikiranfikiran itu tapi tak berjaya..ianya terusterusan datang..aku takut untuk tidur..sebab aku takut tidak bangun pada kees0kannya..

kees0kan harinya, aku terus telef0n mak..aku ceritakan hal ini.."mak..uda nak mintak maaf atas segala d0sa yang telah uda lakukan..halalkan makan minum uda"..hati ibu mana yang tak tersentuh bila anaknya berbicara tentang kematian..mak aku menangis..mak tak izinkan aku keluar..aku batalkan lawatan aku ke Singapura..aku tahu, mak takut kalau aku ditimpa kemalangan..tapi aku tahu..ajal dan maut itu sudah ditakdirkan..jika ajal aku sudah tiba, aku pasti pergi menghadap Illahi..tidak kira apa jua keadaan..tidak kira bagaimana caranya..tidak kira di mana...

saat itu..barulah aku sedar..kita sebenarnya begitu hampir dengan kematian..barulah aku sedar..sebenarnya begitu banyak kesalahan yang telah aku lakukan..hidup aku selepas itu tidak terurus..siang malam aku menangis..zaty dan zira banyak membantu..memberi nasihat apa yang patut aku lakukan..Alhamdulillah, aku menjadi kuat setelah bergantung sepenuhnya kepada Allah..diberi kekuatan olehNya untuk berhijrah menjadi yang lebih baik..

Allah Maha Besar..saat aku mahu berubah, Dia permudahkan jalannya..aku berjumpa dengan Nabila..se0rang yang mampu menyuntik semangat aku.."Allah sayangkan uya..Allah turunkan peringatan ini untuk uya dan mungkin untuk insaninsan di sekeliling uya..percayalah, walau beribu bayi yang lahir pada hari ini, sayang Allah pada uya tak pernah berkurang.."

Maha Suci Allah..rahmat Allah itu sangat luas..

"Ya Allah, keampunanMu lebih luas daripada d0sad0saku..dan rahmatMu lebih kuharapkan di sisiku daripada amalanku"
[Riwayat Al Baihaqi]

sungguh..percayalah bahawa rahmat Allah itu sangat luas..kadangkadang kita tidak sedar dengan rahmat yang Allah turunkan untuk kita..banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita ini adalah rahmat dari Allah..sebenarnya aku rasa aku akan fail paper yang aku tak dapat jawab tu..tapi bila chek result, aku lulus..lulus tanpa syarat..inilah rahmat yang Allah turunkan untuk aku...

kawankawan..jika kita diberi kesedaran, cepatcepatlah tersedar dan berubah..bimbang jika itu mungkin hidayah terakhir dari Allah..jangan fikir kita akan hidup sampai es0k, hingga kita melengahkan taubat..dan jangan fikir kita tidak akan hidup panjang, hingga tidak membina dunia kita..jika ditimpa musibah atau ujian, jangan cepat melatah..ujian itu tandanya Allah masih sayangkan kita..

ingin saya k0ngsikan..mulakan penghijrahan dengan menutup aurat..menutup aurat dengan sempurna..kita akan rasa selamat dengan pakaian yang menutup aurat..saya sendiri masih mencuba.. kawankawan..dekatkanlah diri dengan majlismajlis ilmu..majlismajlis ilmu itu merupakan salah satu tamantaman syurga..jangan biarkan hati kita k0s0ng..jangan biarkan r0hani kita lapar..luangkan masa yang Allah pinjamkan ini untuk beribadat kepadaNya..



saya m0h0n maaf kepada semua jika ada salah dan silap yang saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak..saya m0h0n agar dihalalkan makan dan minum..andai ada hutang yang saya belum bayar, m0h0n dituntut atau dihalalkan..

terima kasih kepada kawankawan yang banyak memberi semangat kepada saya..
thanks t0 nabila, zaty, zira, muqhlisah, asiah dan dayah..

kawankawan..lepas ni kalau b0leh panggil la sy huda..maniss ^^..menyesal kerana dulu begitu bangga memperkenalkan diri sebagai bey0nce..erkkk

3 comments:

Dear Yayien said...

Salam,huda.. Sedih lak baca entri nie.. Aku doakan ko dan aku sama2 kuat hadapi segala ujian-Nya. Sama2 kite ingatkan diri kita, Jaga diri huda :D Take care dear :)

Miss Hamilicious said...

yayang, ang buh lagu ni sambil aku baca entri ni, wat aku nak teriak k !

Alhamdulillah. sama-sama la kita saling tegur menegur kerna sifat manusia yang sememangnya ada turun naiknya. smoga kita tergolong dlm org2 yang dredhai Allah. insyaAllah...

huda yonce said...

ain >> thanks ain..sama2 kita d0a..take care jugak...saat ni, rindu sgt bumi waqafan ~

najat >> teriak ja..heee InsyaAllah..tegur lah aku kalau ada yg tak kena..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...