I SMURF YOU
“ Iman..laksa 4 bungkus ais kacang 3 bungkus. “
“ Siap..hee “
Inilah rutin harian aku yang
bermula semalam. Bangun pagi-pagi tak perlu ke kuliah tapi ke dapur. Cuti 4
bulan ni aku hanya menolong ibu berniaga. Ibu membuka gerai makanan di depan
rumah. Menu utama di ‘gerai mak anjang’ ni semestinya laksa dan ais kacang.
*****
“ Mak anjang..laksa makan satu. “
laung Haziq.
“ Minum apa ?? “
“ Bandung cincau. ”
Cess..kurang asam betol la dia
ni. Takkan tak tahu nak bezakan antara aku dengan mak aku. Sudah nampak aku
sahaja yang ada di gerai tu, boleh pula dia panggil aku mak anjang. Jaga kau
Haziq !! hehehe..aku sengaja lambat-lambat buatkan air yang dia pesan tu. Merah
padam muka Haziq menahan pedas dek kerana tergigit cili padi. Padan muka kau !!
“ Aku tahu la kau marahkan aku
sebab panggil kau mak anjang kan..tapi tak perlu la kau nak balas dendam dengan
cara ni Iman oii.. ” Haziq bersuara.
“ Apa kau merepek ni?? Siapa yang
marah?? Siapa yang dendam?? “ balasku.
“ Eleh..kau ingat aku tak tahu
ke..kau sengaja letak cili padi banyak-banyak dalam laksa aku kan?? Sampai
penuh pinggan..pastu kau sengaja buat air aku lambat-lambat kan?? “ balas Haziq
pula.
“ Eh eh mana ada..mana ada. Aku
buat macam biasa saja..heeee “ bagus lah
kalau dia dah tahu.
“ Tak perlu nak senyum-senyum
lah..burukk..ahaha”
Arghhh..geramnya..dia kata aku senyum
buruk?? Siap kau Haziq!! Aku pasti balas dendam tapi bukan hari ni. Mak aku dah
balik. Cepat pula mak aku habis beli barang hari ni.
Rancak betul Haziq berborak
dengan mak aku. Bergossip mengalahkan gossip girl la Haziq ni.
*****
Aku baru sahaja kenal Haziq.
Sudah sebulan dia menyewa di belakang rumah aku. Haziq ni polis. Dia tua
setahun dari aku. Belakang rumah aku ni semuanya budak-budak bujang..bujang
antik !! Bosan betul bila setiap hari ibu aku asyik bercerita tantang Haziq dan
kawan-kawan dia yang menyewa kat belakang rumah tu. Diorang tu dah la suka buat
bising. Bertambah tak suka aku pada Haziq.
*****
Malam tu aku online macam biasa.
Bila buka facebook ada satu friend request. Siapa pula ‘Haziq Omo’ ni?? Lantak
kau lah Haziq omo oi. Kalau nak add aku sila letak gambar sendiri. Aku paling
tak suka bila orang nak add aku tapi letak gambar kartun la, gambar budak kecil
la. Apa yang malu sangat nak letak gambar sendiri ha?? Lantaklah..lagipun aku
tak ada kawan nama Haziq. Eh cop cop..budak belakang ni nama Haziq. Dia kah??
Ishh geram betol. Nak tengok gambar tak boleh pula.
*****
Hari ni ibu suruh aku jaga kedai
sebab ibu nak pergi hospital bawa opah jumpa doktor. Alahai..jaga
seorang-seorang tak best lah. Tengah hari tu agak kelam-kabut sebab ramai budak
sekolah singgah beli ais kacang. Baru
sahaja aku nak duduk rehat tiba-tiba ada mesej.
“ Ais kacang sebungkus..taknak
kacang taknak cendol and susu lebih ^^..laksa sebungkus taknak cili ^^..nanti
aku ambil “
Siapa pula yang suka hati order
gaya ni..taknak tu la taknak ni la..mengada betol.
Belum sempat aku nak bungkuskan
ais kacang, aku dah dengar bunyi motor Haziq yang bising tu. Nak menyusahkan
aku lagi la tu.
“ Dah siap ke belom ais kacang
dan laksa yang aku order?? “ tanya Haziq.
“ Cess..kau ke yang order?? Patot
la.. “ balasku sambil membuat muka minta penampar.
“ Apa yang patot nya ?? “ tanya
Haziq lagi.
“ Ahh..order ais kacang tapi
taknak kacang..pelikk! Nak susu lebih pula..kalau macam tu aku nak duwet lebih.
“ balasku pula.
“ Alaaa..banyak cakap la kau
ni..mintak lebih sikit saja..kedekot ! “ jawab Haziq.
Malas aku nak layan budak sengal
ni.
*****
Malam tu kering otak aku berfikir
dari mana Haziq dapat nombor telefon aku. Tak mungkin dia berani minta dari ibu
aku. Malam tu takda mood nak online pon. Aku hanya join ibu tengok TV. Bunyi
telefon bimbit aku yang tiba-tiba tu membuatkan aku hairan. Cuti-cuti ni jarang
ada kawan-kawan yang nak mesej. Taufik ke?? Takkan la kot..dah lama aku clash
dengan dia.
“ Oy..sombong nya..approve la
aku..omo omo “
Rupanya dia ni la Haziq omo tu.
Esok baru aku nak online, so esok lah aku approve kau sebagai kawan aku.
*****
Rasa menyesal pula bila approve
budak Haziq tu. Notification aku penuh sebab dia. Terlebih rajin betul la dia
tu. Dia ‘like’ semua status aku, gambar aku. Rimas !!!! Aku ni jenis yang tak pernah nak mengalah. Aku pun ‘like’ semua
status dia. Status yang dah lama pun aku ‘like’. Biar penuh notification dia.
Semua gambar dia aku ‘like’ dan comment. Comment aku cukup ringkas..titik.
*****
Minggu hadapan dah mula puasa.
Maknanya bermulalah episod menganggurku sebab ibu tidak berniaga pada bulan
Ramadhan. Minggu ni agak ramai pelanggan yang datang setelah mereka tahu bahawa
ibu akan tutup kedai pada bulan puasa. Setiap masa ada saja pelanggan yang
datang. Alhamdulillah..rezeki.
Sebenarnya sudah lama aku tidak
penat macam ni. Ibu sudah lama berniaga laksa, sejak aku kecil lagi tapi dua
tahun lepas perniagaan ibu merosot sebab ada peniaga lain yang dengki dengan ibu.
Itulah masalah orang yang berdengki, tidak senang dengan keuntungan orang lain.
Tahun ni ibu kembali berniaga setelah dua tahun ibu bekerja sebagai pembantu
tukang masak. Ibu lebih suka berniaga sendiri. Katanya senang , dialah bos
dialah pekerja.
*****
Hari ni hari terakhir kami
berniaga. Haziq dan kawan-kawan dia merupakan pelanggan pertama. Kecoh la
mereka ni. Aku tak minat langsung nak layan kerenah mereka yang terlalu banyak
songeh. Aku sengaja suruh kawan-kawan aku datang ke kedai. Tak perlu lah aku
nak layan mereka lagi. Aimi, Haya dan Imah datang tepat pada masanya. Lebih
senang nak layan kawan-kawan aku dari melayan budak besar yang mengada.
“ Korang nak makan laksa tak??
Aku nak buatkan. ” tanyaku kepada geng rongak.
“ Boleh jugak, kuah lebih..heee..aku
nak ais kepal tau. ” pinta Aimi.
“ Aku pon nak ais kepal dan
laksa. ” laung Haya.
“ Ko plak imah?? Taknak makan
ke?? ” tanyaku kepada Imah.
“ Heee..nak bandung cincau dan
keropok lekor seringgit. ” jawab Imah tersengih-sengih.
“ Okee..tunggu sat na. “ jawabku
sambil menghidupkan api dapur.
Pelik pula aku tengok Imah ni.
Dia bukannya suka cincau tapi kenapa dia pesan air tu. Dah tu asyik tersenyum
saja. Sangat pelik.
Haziq dan kawan-kawannya masih
belum pulang ketika kawan-kawan aku sudah mula beredar. Aip..nak tidur sini
kah?? Tak pon nak makan malam kat sini. Ibu aku siap potongkan mangga untuk
diorang lagi. Eee..tak sukanya. Nak manja-manja dengan ibu aku pula.
*****
Penyimpan mohor raja-raja dah
ishytiharkan bahawa esok sudah mula puasa. Malam ni aku dan ibu nak pergi
terawih. Seronok sangat bulan Ramadhan sebab kita boleh tunaikan solat sunat
terawih yang hanya boleh dilaksanakan pada bulan Ramadhan.
Malam tu aku hanya tunaikan 8
rakaat saja. Ibu pula habiskan sehingga 20 rakaat. Aku pulang ke rumah dengan
Imah dan Haya. Aimi mahu habiskan sehingga 20 rakaat. Sepanjang perjalanan tu
Imah asyik bertanyakan tentang Haziq. Penat aku nak cerita semua pasal Haziq.
Katanya Haziq betul-betul buat dia gila bayang. Poyo la Imah ni.
“ Weh Iman, ko ada nombor fon
Haziq tak?? Nakkk “ pinta Imah.
“ Ada tapi lebih baik ko mintak
dari dia saja..malas nak masuk campur. ” jawabku.
“ Betul tu Imah, ko add la Haziq
di fb then ko mesejla dia. “ kata Haya.
“ Alaa..leceh la korang ni..Iman,
please. “ kata Imah dengan nada merayu.
“ Yelahh..nanti aku mesej ko
nombor dia k..puas hati?? “ balasku.
“ Puas !! Nak ngorat dia lah. “
jawab Imah tanpa segan-silu.
“ Ish ko ni Imah, sepatutnya dia
yang ngorat ko tapi dah terbalik pulak. “ sampuk Haya.
“ Biarlah..zaman dah moden kan. “
balas Imah lagi.
“ Moden la sangat kan. ” kata
Haya dengan nada menyindir.
*****
Pagi tu Haziq mesej aku. Konon
nak kejut aku sahur tapi aku dah bangun awal dari dia.
“ Iman syg, bang0n2..sahur “
Ahh..nak bersayang-sayang pula.
Rimas lah !!
“ Banyak ko punya sayang..aku dah
bangun la “
“ Syg dah bangun rupanya
ya..kenapa syg tak kejut Haziq?? Sedihnya L
“
“ Tak payah nak sedih sangat la
kan..gedik la ko Haziq..dah dah..malas layan “
“ Eh c0p..nak tanya ni..kenapa ko
bagi nombor aku pada kawan ko?? Tak best la “
“ Apa salahnya..bukan polis
tangkap aku pon..hahaha “
Mesej aku tak berbalas. Marahkah
Haziq pada aku?? Tak tak. Takkan dia nak marah kot. Hal kecil saja tu.
*****
Hari pertama berpuasa memang
menguji kesabaranku. Susah betul nak kawal nafsu makan. Tekak rasa nak telan
semua jenis makanan. Teringin nak makan badak berendam la, mihun goreng la,
ayam percik la..haishh macam-macam sungguh. Tamak !!
Hari ni ibu buat kuih karipap.
Banyak betul karipap yang ibu buat. Lagaknya macam hendak menjual karipap pula.
Meja makan penuh dengan pinggan yang berisi karipap. Aku sudah tahu tugasku.
“ Assalamualaikum..mak enon oh mak
enon.. “
“ Waalaikumsalam..eh Iman rupanya.
Masuklah. “
“ Tak mengapa mak enon..ni ibu
kirim kuih untuk mak enon..” pinggan yang berisi karipap kini bertukar tangan.
“ Terima kasih ya Iman..”
“ Sama-sama mak enon..selamat
berbuka! “
Alahai..baru sebuah rumah aku
singgah. Lagi empat buah rumah perlu aku pergi. Eh jap jap..selalunya hanya
empat rumah aku perlu hantar makanan tapi kenapa kali ni lima ya?? Mungkin
untuk kawan ibu. Biar aku hantar ke rumah mak kiah, mak joyah dan kak maryam
dahulu.
“ Ibu, yang ni pula untuk siapa??
“ tanyaku sambil menunjukkan pinggan terakhir yang perlu dihantar.
“ Owh..itu untuk abang-abang Iman
lah..yang kat belakang rumah ni. ” jawab ibu.
“ Abang Iman?? Erkk .. malas la
bu..ibu saja lah yang kasi..” aku terus berlalu ke ruang tamu tanpa mengambil
pinggan yang terakhir itu.
“ Iman..pergi saja bagi..bukannya
susah pon..sama jugak macam Iman pergi ke rumah jiran yang lain. “ kata ibu.
“ Alaaa bu..tak kesian dekat Iman
ke?? Penat dah ni..” jawabku malas.
“ Aik..tak pernah-pernah kau
merungut kata penat, tiba-tiba hari ni penat pula. Pergi kejap ya..”
Aku akur dengan suruhan ibu
walaupun aku benar-benar malas hendak ke rumah bujang sepah tu. Geram betul aku
dengan Haziq ni. Sengaja dia biarkan aku tunggu lama-lama kat luar. Bila aku
dah nak pulang baru dia keluar. Jahat!
*****
Malam tu aku, Imah dan Haya
pulang dari solat terawih bersama-sama.
“ Iman..kenapa Haziq tak balas
mesej aku ea?? Keciwa bet0i nii..s0bs0b. ”
“ Ermm..sibuk k0t Imah. ” jawab
aku.
“ Harap-harap betul la dia
sibuk…aishh tapi kan…kalau dia sengaja tak balas ?? dia tak suka aku ka ?? aku
cantik apa..hahaha “
“ Cantik sangat !!! “ balas Haya
sambil meletakkan tangan di bahu dan mata ke atas. Dia meniru gaya penghibur
dalam sitcom sentap hati mak nak. Haha..
“ Ko cuba la mesej lagi. ” aku
memberikan cadangan.
“ Mesti..aku akan pastikan dia
balas mesej aku kali ini. ” kata Imah lagi.
Tekad betul Imah ni. Dia sanggup
lakukan apa sahaja demi memperoleh apa yang dihajati.
*****
Begitu cepat masa berlalu. Hari
ni hari terakhir puasa. Sayang sungguh mahu meninggalkan bulan yang penuh
keberkatan ni. Tahun depan belum tentu lagi kita akan menemui bulan Ramadhan.
Malam ni aku menolong ibu
masukkan kuih ke dalam balang. Kemudian, aku ke rumah nenek. Seronok sangat
bila dapat berkumpul ramai-ramai dengan saudara-mara. Malam raya selalunya aku
dan tiga orang sepupu akan keluar.
Kami mesti pergi jalan-jalan dan
lepak. Aku suka lepak dengan Najwa, Najla dan Ruhil. Mereka sangat kelakar.
Najwa ialah sepupu aku yang paling nakal. Dia suka kenakan orang. Najla pula
sepupu yang paling aku rapat. Dia sporting habis lah. Ruhil masih kanak-kanak
tapi dah berlagak macam orang dewasa.
Malam tu kami hanya lepak di
taman permainan berhampiran rumah nenek. Tiba-tiba ada dua buah motosikal
berhenti di hadapan kami. Aku rasa macam kenal saja mamat tu. Haziq!! Pelik bin
pelot. Tak balik raya kah budak omo ni.
“ Kamu semua buat apa duduk sini
malam-malam ni?? ” tanya Haziq.
“ Saja lepak bang. ” jawab Najwa.
“ Maila lepak sekali dengan kami.
” tambah Najwa lagi.
Eh budak najwa ni. Ada pula dia
ajak polis dua orang ni lepak.
“ Adik-adik sekalian, sekarang ni
dah lewat sangat. Tak sesuai kalau kamu nak lepak di sini. Kami berdua
ditugaskan untuk membuat rondaan di kawasan ni. Abang rasa lebih baik jika kamu
semua pulang ke rumah. ” nasihat kawan Haziq.
“ Errr..kacau la abang ni. ” kata
Najwa.
“ Jomla balik. ” ajak Najla.
Aku terus menghidupkan enjin
motosikal. Malas nak layan Haziq. Selepas menghantar Ruhil ke rumah nenek, aku
pulang ke rumah. Rumah aku dan nenek dekat saja. Rumah nenek terletak di lorong
belakang rumah aku. Kira satu lorong dengan rumah Haziq.
*****
Keesokan paginya, kami bersiap
untuk ke surau. Dari jauh aku sudah nampak kelibat Haziq. Tak sangka baju kami
sama warna. Kelabu. Selepas sembahyang
raya kami terus ke rumah nenek. Aku berasa pelik kerana Haziq turut serta. Ibu
seperti memahami persoalan yang berlegar di minda aku. Kata ibu, Haziq akan
beraya bersama kami. Erkk..
“ Wahh..kak ziah bawak menantu
la. ” tiba-tiba makcik aku bersuara.
“ Menantu?? Eh bukan la..ni budak
yang sewa belakang rumah tu..dia tak dapat cuti..jadi dia minta untuk beraya
bersama akak sekeluarga. ” balas ibu.
“ Ooo..baju dah sama..sesuai
pulak tengok..kalau betul pon apa salahnya. ” tambah paksu yang tiba-tiba
muncul dari dapur.
Durrr..sepadan kah aku dengan si
Haziq tuh?? Tak tahan tak tahan…nak gelak gulingguling ja rasa.
*****
Selepas beraya di rumah nenek,
kami sekeluarga pergi beraya rumah opah pula. Perjalanan ke rumah opah hanya
mengambil masa selama sepuluh minit. Haziq si penyibuk tu ikut juga.
Menyampah!! Eh eh..menyampah kah?? Macam tak ja. Bila aku tengok cara dia layan
ahli keluarga aku, ada rasa lain macam sikit kat hati ni. Heeee…macam
dah..macam dah terjatoh suka pula. Comel sangat tengok dia main-main dengan
anak-anak buah aku.
“ Yaya..jom la main dengan along.
” kata aku kepada anak buah aku yang baru berumur dua tahun.
“ Tanak…tanak..nak main dengan along
ajiq. ” petah yaya membalas.
Jeles sangat tengok yaya bermain
dengan Haziq. Cop!! Tadi yaya panggil Haziq ‘along ajiq’ kan. Amboi amboi.
Malas nak fikir. Aku terus berlalu ke dapur. Aku berborak dengan Ain, sepupu
aku.
“ Wah wah..muka bahagia nampak. ”
tegur Ain sambil mencuit tanganku.
“ Yup..bahagia sangat..kak Iman
cuti lama kali ni. ” balasku sambil tersenyum.
“ Bukan sebab cuti la kak
Iman..Ain rasa akak bahagia sebab orang kat belakang tu.. ” kata Ain sambil
memuncungkan mulutnya ke arah belakangku.
Terkejut aku bila nampak kelibat
Haziq di belakangku. Macam toyol pula. Tiba-tiba saja muncul.
“ Siapa yang bahagia?? Iman kah??
” sampuk Haziq.
“ Eh.tak ada apa la. Korang
berdua nampak sepadan sangat. Sini.. Ain nak tangkap gambar korang. ” kata Ain.
“ Ain !! Taknak lah. ” aku tak
dapat nak larikan diri sebab Haziq menghalang laluan.
Geram pula dengan Ain ni. Boleh
pula dia mengambil gambar kami. Aku sempat menjeling ke arah Ain sebelum
berlalu ke ruang tamu.
*****
Malam tu Haziq mesej aku. Katanya
dia sukakan aku. Dia mahu menjalinkan hubungan yang lebih serius denganku.
Couple?? No way !! Couple tu kan haram. Sejak aku putus dengan Taufik aku dah
berubah sedikit. Kawan aku, Husna selalu menasihati aku. Aku masih ingat
nasihatnya yang melarang aku bercouple. Katanya,keburukan bercouple itu
melebihi kebaikannya.
Aku memberi alasan kepada Haziq.
Dia tetap memujuk. Memanglah aku dah mula sukakan dia, tapi suka tak semestinya
perlu bercouple. Aku bukannya budak baik, tapi apa yang dilarang oleh agama akan
aku elakkan. Mesti ada hikmah kenapa kita tidak dibenarkan bercinta sebelum
berkahwin.
“ Aku minta sorry. Aku tak boleh
nak tunaikan permintaan kau Haziq. Kau tahu kan yang couple tu haram. Kan lebih
manis kalau kita bercinta selepas berkahwin. Kalau ada jodoh takkan ke mana.
Aku harap kau boleh bersabar. “
Itu mesej terakhir yang aku
hantar kepada Haziq.
*****
Keesoakn harinya, ibu membuat
rumah terbuka. Ramai tetamu yang hadir. Kawan-kawan aku tak ramai yang datang.
Mereka masih berada di kampung. Begitu juga dengan Aimi, Imah dan Haya. Mereka
masih berada di kampung masing-masing.
Tiba-tiba aku teringatkan Imah.
Bukankah dia sukakan Haziq. Macam mana aku nak berterus terang dengan dia
nanti?? Huhh
“ Hahhh.. ” aku dikejutkan dengan
suara garau Haziq.
“ Apa ni..bagi la salam dulu..ni
tak..terus bagi orang terkejut kan. Tumbuk nak?? ” marahku kepada Haziq.
“ Tumbuk la..tak takot!! ” balas
Haziq.
Aku terus meninggalkan Haziq. Aku
ke dapur mencuci pinggan.
“ Marah ke kak ?? Sorry la. ”
tiba-tiba Haziq bersuara. Entah sejak bila dia ada kat dapur ni.
“ Dah la..jangan kacau
orang..pergi la duduk depan..makan kuih raya..pergi pergi!! ” kataku kepada
Haziq.
“ Taknak…nak teman awak! ” balas
Haziq. Sejak bila berawak-awak ni. Geli!
“ Jangan nak mengada eh..orang
menjerit karang! ” kataku sambil menjegilkan mata.
“ Auww..garangnya..oke oke. ”
balas Haziq sambil berlalu ke ruang tamu.
*****
Sudah seminggu berlalu. Haziq
masih tak jemu menghantar mesej kepadaku walaupun aku tak pernah membalas
mesej-mesej dia. Aku tetap dengan pendirianku. Aku hanya akan mesej dengan
lelaki jika ada hal penting yang perlu dibincangkan.
Pada waktu petang, aku keluar
dengan Aimi, Imah dan Haya. Kami berborak-borak di taman permaianan berdekatan
dengan rumahku.
“ Iman..kenapa Haziq tak pernah
balas mesej aku ea?? ” tanya Imah kepadaku.
Aku terkedu. Apakah jawapan yang
paling sesuai?? Tanpa berfikir panjang, aku terus menghulurkan telefon bimbitku
kepada Imah. Aku menyuruhnya membuka inboxku. Tidak dapat kubayangkan apakah reaksi
Imah setelah mengetahui Haziq sebenarnya sukakan aku.
“ Apa semua ni Iman ?? ” tanya
Imah.
“ Kau dengan Haziq selama ni?? ”
tanya Imah lagi.
Aimi dan Haya hanya berdiam diri.
Agaknya mereka pun terkejut dengan berita ni.
“ Aku minta maaf Imah..aku tak
berniat pun nak rampas Haziq dari kau. Dia yang.. ” belum sempat aku
menghabiskan ayatku tiba-tiba Imah bersuara lagi.
“ Aku tak marah la Iman..benda
macam ni kan tak boleh dipaksa. Nasib baik kau tak sembunyikan perkara ni. “
kata Imah.
“ Tapi kau sukakan Haziq kan
Imah?? ” tanya Haya.
“ Yup..tapi takpa..perasaan ni
belum di tahap yang serius lagi..heeee ” jawab Imah sambil tersengih.
“ Pelik. Betul kau tak sedih
Imah? ” tanya Aimi pula.
“ Korang ni..rilex la..betul..aku
ok! ” jawab Imah.
Lega rasanya. Bukan apa..aku tak
mahu gadoh dengan kawan aku semata demi lelaki. Nasib baik Imah tak marah.
Kalau tak..habislah aku.
“ Tapi kan..aku tak declare pun
dengan Haziq..korang tau kan aku ni macam mana..aku just cakap kat dia kalau
ada jodoh takkan ke mana. ” Sampukku.
“ Eh..macam tu pula..habis, Haziq
kata apa? ” tanya Aimi.
“ Dia ok kot. Tapi dia masih
hantar mesej..Cuma aku yang tak balas. ” Jawabku sambil tersenyum.
“ Ish..ish..ish..kau ni Iman…kesian
dia mesej seorang-seorang.. ” sampuk Haya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya
tanda tidak setuju dengan perbuatanku yang tidak membalas mesej Haziq.
“ Biarkan dia..aku dah cakap tak
payah mesej, tapi dia degil juga.. ” jawabku.
Aku mengajak mereka pulang kerana
waktu sudah hampir senja. Sebenarnya, aku dapat melihat perbezaan tingkah laku
Imah. Dia tidak banyak bercakap. Mungkin lebih selesa berdiam diri atau mungkin
dia kecewa.
*****
Cuti semesterku menghampiri
penghujungnya. Ini bermakna, seminggu sahaja lagi aku akan pulang ke Pulau
Pinang. Hari ini, seperti biasa, aku menolong ibu di gerai. Setiap hari Haziq
pasti datang. Setiap hari jugalah dia menghantar mesej. Setiap hari jugalah dia
kecewa agaknya kerana aku tidak membalas mesejnya.
Aku berdoa agar bertemu jodoh
dengan Haziq. Dia memenuhi ciri-ciri lelaki yang aku suka. Jika dia jodohku,
aku pasti gembira. Jika dia bukan jodohku, aku akan terima ketentuanNya kerana
Dia telah memilih jodoh yang terbaik untukku. Aku juga tidak mahu terlalu
berharap. Pada masa depan, mungkin Haziq akan jatuh hati pada orang lain. Aku
hanya mendoakan yang terbaik untuk dia.
*****
“ Iman..ibu awak kata esok awak
balik Penang..ermm..kenapa tak bagi tau Haziq awak nak balik esok. Iman balik
dengan siapa?? Balik naik apa?? Balik pukul berapa?? “
Haziq baru saja menghantar mesej.
Aku rasa tak salah kalau aku nak balas mesej dia. Tapi kan, banyak pula soalan
dia. Apa dia ingat aku ni kaunter pertanyaan kah.
“ Yup incik Haziq. Esok aku balik
Penang. Family yang hantar. Mungkin bertolak petang. “ balasku.
Tak sampai seminit telefon bimbitku
berbunyi lagi.
“ Boleh tak kalau nak jumpa awak
petang ni ?? “ balas Haziq.
“ Jumpa?? Untuk apa ep?? Tak
perlu rasanya. K bye. “ balasku malas. Buat apa nak jumpa segala. Setiap hari
pun jumpa rasanya.
“ Saya nak bagi sesuatu pada
awak. Sekejap saja. Petang ni saya datang rumah awak. “ balas Haziq lagi.
Dah kenapa budak ni. Nak bagi apa
la pula.
*****
“ Iman..Haziq datang ni.. ” laung
ibu dari ruang tamu.
“ Kejap.. ” balasku dan segera ke
ruang tamu.
Aku tidak tahu bagaimana hendak
memulakan perbualan. Setelah menghidangkan air kepada Haziq, aku duduk
berhadapan dengannya. Dia menghulurkan sebuah kotak yang cantik berbalut. Auwww
!! Seronok pula dapat hadiah.
” Ini untuk awak. Harap sudi
terima. “ kata Haziq setelah beberapa minit kami masing-masing membisu.
“ Serious?? Thank you!! Suka!! “
balasku tanpa segan. Tak malu kan budak Iman ni.
“ Tak sangka suka. “ kata Haziq
sambil tersenyum. Apa senyum-senyum. Dia ingat cantik sangat la tu.
“ Tak payah nak senyum sangat
lah. Orang nak kemas barang ni. Awak tak nak balik ka?? “ kataku dan terus
berdiri. Eh tercakap awak pula. Lantaklah. Comel jugak berawak saya ni kan.
“ Erk..tak baik halau tetamu
Iman. Haziq baru nak minum ni. “ jawab Haziq sambil mencapai gelas yang berisi
air oren.
“ Ibu..Haziq nak balik dah. “
laungku kepada ibu yang berada di dapur.
“ Eh duduk la dulu. Makcik tengah
goreng keropok lekor kat belakang tu. ” kata ibu.
“ Tak boleh ibu. Haziq kata dia
ada kerja yang nak disiapkan. Betul kan Haziq?? “ celahku. Seronok betul dapat
kenakan Haziq.
“ Eh mana ada. Kerja tu malam pun
boleh buat. ” Jawab Haziq sambil tersenyum sumbing.
Adeh. Aku pula yang terkena.
Takpa lah, biar ibu saja yang layan tetamu kehormat ni.
“ Owh..duduk la Haziq. Orang nak
kemas barang. “ kataku sambil berlalu ke bilik.
*****
Kami sekeluarga selamat sampai di
Pulau Pinang. Kami singgah di Queensbay untuk membeli sedikit barang. Teringat
pula pada hadiah pemberian Haziq semalam. Tak sangka dia bagi aku telekung.
Cantik sangat!! Nak bagi apa yep pada Haziq?? Baju?? Tali leher?? Jam tangan??
Ermm..bagi kain pelikat lah. J
Selepas membeli barang-barang,
ayah terus menghantar aku ke USM. Keluargaku terus pulang ke Taiping setelah
menghantarku.
*****
“ Kain pelikat..lalalala..kain
pelikat..lalalala..” nyanyiku sambil membalut kain pelikat yang aku hendak
hadiahkan kepada Haziq. Dah macam orang kahwin pula kan. Berbalas-balas
hantaran gitu.
“ Amboi..berpelikat segala ni.
Kau nak bagi dekat ayah kau kah kain pelikat tu?? “ tanya Nabila, roomateku.
“ Taklah. Nak bagi pada jiran
aku. “ jawabku.
“ Wah!! Baiknya dengan jiran. Tua
atau muda?? “ tanya Nabila lagi.
“ Takda lah baik sangat. Dia dah
tua dah. Hahahah.. ” jawabku selamba. Biarlah rahsia. Malas nak cerita pasal
Haziq ni.
*****
Sudah sebulan berlalu. Haziq
masih menghantar mesej kepadaku. Seperti biasa, mesej dia tak pernah berbalas.
Aku hanya membalas mesej dia yang menyatakan terima kasih atas pemberianku.
Aku rindu sangat nak balik
kampung tapi sekarang banyak sangat kerja yang perlu dihabiskan. Tambahan pula,
sekarang aku sedang mengendalikan karnival ICT. Nampaknya, tiada peluang la nak
balik kampung.
*****
Pelik! Pelik! Pelik! Hari ni
Haziq tak mesej pon. Terjadi apa-apakah pada dia? Maklumlah, kerja polis
berisiko. Bekerja bahagian nakotik pula. Memang berurusan dengan penjenayah
yang sangat berbahaya. Risau pula kalau terjadi apa-apa yang buruk pada dia.
*****
Haziq hanya mesej selamat pagi
sahaja. Mungkin sibuk. Mungkin juga sudah ada orang lain. Tidak mengapa lah.
Yang pasti aku tahu dia selamat.
“ Good morning Iman! Have a nice
day J ”.
Itulah mesej yang akan aku terima setiap pagi.
Mungkinkah Haziq dah jumpa teman
istimewa? Aku tertanya-tanya. Semoga dia berjumpa dengan seseorang yang
betul-betul ikhlas. Kalau la betul si Haziq tu dah ada teman istimewa, aku
pasti cemburu. Yela..Haziq tu boleh tahan kacaknya, bekerjaya dan baik. Mesti
ramai yang tertarik dengan dia.
*****
Seronok sangat sebab minggu ni
aku akan balik kampung. Tak sabar nak jumpa ibu. Tak sabar nak makan masakan
ibu. Tak sabar nak borak-borak dengan geng rongak.
*****
“ Iman !! Air kenduri satu.. ”
laung Aimi.
“ Air kenduri?? Air apa tu??
Pelik-pelik lah kau ni mami.. ” kataku sambil mengerutkan dahi.
“ Takkan tak tahu kot. Air
kenduri tu air sirap la.. ” sampuk Haya.
“ Erk..betul jugak kan. Selalunya,
air sirap dihidangkan semasa kenduri.. ” kataku lagi.
“ Lambat la kau ni
Iman..hahah..anyway, kau cuti lama tak?? ” tanya Imah.
“ Tak lama..lusa balik la..uols
pulak?? Cuti sampai bila?? ” tanyaku pula.
“ Sama lah..kami pun balik lusa..
” jawab Aimi.
“ Aku pula balik esok.. ”
tiba-tiba Haziq mencelah.
“ Banyak la kau..sibuk saja.. ”
kata Haya.
Kami terus berborak tanpa
menghiraukan Haziq dan kawan-kawannya.
*****
Aku tengok Haziq biasa saja.
Macam dulu lagi. Masih suka menyakat. Cuma dia dah tak mesej aku macam dulu.
Mungkin bosan kerana tiada balasan.
Hari ni aku akan balik ke USM.
Aku hanya naik bas. Seperti biasa, aku akan balik dengan Mastura si messy.
Mastura ni kawan aku dari sekolah menengah lagi. Kebetulan kami sambung belajar
di universiti yang sama.
*****
Sudah lama aku tak stalk facebook
Haziq. Jadi, hari ni aku meluangkan sedikit masa jenguk-jenguk facebook Haziq
omo tu.
Terkejut!! Banyak betul Imah post
dekat wall Haziq. Macam ada apa-apa saja. Mereka couple kah?? Agaknya apa
hubungan mereka ep?? Kawan saja kah?? Nak cuba tanya Aimi dan Haya lah. Mungkin
mereka tahu.
“ Salam mek..buat apa tu??
heee..nak tanya sikit..Imah tengah kawan dengan siapa yep sekarang?? Maksud aku
boyfriend dia.. ” mesejku kepada Aimi.
“ Salam mek..tengah online ja.
Imah?? Tak taw pulak tapi hari tu dia cakap dia dah clash dengan Amar. Takda
pulak aku tanya dia dah ada pengganti belum. Kenapa?? ” balas Aimi.
“ Ermm..aku agak pelik ni..cuba
kau tengok wall Haziq. ” Balasku pula.
“ Alamak Iman.. Aku tengok banyak
post Imah dekat wall Haziq. Sejak bila diorang rapat ni?? Kesian kau kan.. ”
balas Aimi sepuluh minit kemudian.
“ Erk..kenapa nak kesian dekat
aku pulak?? Aku bukan ada apa-apa dengan dia. Memang la aku suka kat dia tapi
kami takda hubungan. So, aku takda hak pun nak tentukan dengan siapa dia boleh
berkawan. ” Balasku agak kecewa.
Patut lah Haziq dah tak mesej aku
macam dulu lagi. Rupanya dia dah ada orang lain. Tapi kenapa tak beritahu aku??
Eh lupa pula. Aku ni bukan siapa-siapa pun. Tapi agak terkilan. Sekejap saja
dia berubah hati. Dulu bukan main lagi cakap kat aku yang dia sukakan aku.
Hampeh.
*****
Malas aku nak layan lara di hati
ni. Ewah..ayat jiwang kan. Sebulan dah berlalu. Aku dapat tahu yang Haziq
sebenarnya ada hubungan istimewa dengan Imah. Rasanya Imah tahu yang aku
sukakan Haziq. Tak sangka pula dia masih ada hati pada Haziq.
Aku tidak mahu mengganggu
hubungan Imah dan Haziq. Sehingga ke hari ini, Haziq masih menghantar mesej
kepadaku. Mungkin dia fikir aku masih tidak tahu tentang hubungannya dengan
Imah. Aku tidak mahu menjadi penghalang kebahagiaan kawan baik aku.
Sebenarnya, semalam Imah mesej
aku. Dia tidak mahu aku berhubung dengan Haziq langsung. Aku akur kerana aku
tidak mahu menghancurkan persahabatan kami. Sebab itulah aku mengambil
keputusan untuk menukar nombor telefon. Selepas ni, tiada lagi mesej Haziq.
*****
Haziq oh Haziq. Tak faham la
dengan dia ni. Apa yang dia hendak dari aku?? Sudah ada teman wanita tapi masih
menghantar mesej kepadaku di facebook. Oish!! Takkan nak kena tukar account
facebook pula.
“ Tolong jangan kacau orang.
Orang rimas la.. ” balasku dan berharap agar Haziq akur dengan permintaanku.
“ Aik..marah nampak. Sejak bila
pandai beremosi ni Iman?? ” balas Haziq.
“ Jaga kawan orang
baik-baik..jangan lukakan hati dia. ” Balasku lagi.
“ You mean Imah?? ” balas Haziq
ringkas. Sayangnya, aku takkan balas mesej dia. Kenapa nak tanya lagi. Takkan
nak nafikan pula. Dah terang lagi bersuluh. What the smurf!!
*****
Aku teruskan kehidupan seperti
biasa. Tiada lagi gangguan daripada Haziq. Tiada lagi amaran daripada Imah.
Tiada lagi perasaan terhadap Haziq.
Aku akan habiskan pengajianku
tidak lama lagi. Aku harap masalah ini tidak akan menjadi beban padaku. Aku
harap aku lulus dengan cemerlang dan dapat berijazah.
*****
Sedih sangat sebab sekarang ni
dah jarang lepak dengan geng rongak. Aimi dan Haya selalu ajak keluar tapi aku
yang malas. Aku masih tak bersedia nak berhadapan dengan Imah. Perlukah aku
bersedih dengan sikap Haziq yang mudah berubah hati tu? Perlukah aku berdendam
dengan Imah kerana merampas Haziq?
Biarlah. Tak larat nak fikir dah.
Kalau fikir nanti lagi sedih. Nasib baik aku tak couple dengan Haziq. Kalau
kami couple, Haziq mungkin akan curang juga. Aku rasa inilah hikmah kenapa
Islam melarang umatnya bercinta sebelum kahwin. Bila difikirkan secara logik,
seseorang yang bercouple pasti kecewa apabila dapat tahu pasangannya curang.
Sedangkan aku yang tak bercouple ni pon dah kecewa, inikan pula mereka yang
bercouple.
*****
Sungguh pantas masa berlalu. Aku
telah menghabiskan pengajianku tiga bulan lepas. Alhamdulillah, kini sudah dua
bulan aku bekerja di Bank Islam cawangan Ipoh. Masaku banyak dihabiskan di
tempat kerja. Aku masih membiasakan diriku di tempat baru ini.
Aku tinggal dengan adikku, Helmi.
Dia juga bekerja di Ipoh. Sangat bosan duduk seorang-seorang di rumah. Adikku
selalunya akan keluar lepak dengan kawan-kawannya. Aku mengisi masa lapangku
dengan menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid dan surau berdekatan rumahku.
Hari ni kuliah maghrib akan
diadakan di Masjid Al-Hidayah. Seperti biasa, aku memandu sendiri ke sana. Semasa
aku berjalan menuju ke ruang solat wanita, aku seperti ternampak kelibat Haziq
dengan seorang wanita yang sudah berusia. Mungkinkah itu Haziq?? Sudah lama
tidak mendengar khabar dari dia. Haziq sudah berpindah ke Kulim enam bulan
lepas.
Selesai solat Isya’ bejemaah, aku
segera mengemas barangku. Setibanya aku di pintu depan ruang solat wanita, aku
lihat seorang lelaki berdiri berhampiran dengan kasutku. Alahai cik abang.
Tiada tempat lain kah nak berdiri.
“ Maafkan saya encik. Kasut saya
lagi sebelah macam ada di bawah kasut encik saja. “ kataku kepada lelaki
tersebut. Eh kenapa ayat aku macam belit-belit saja ni.
“ Eh terpijak pula. Sorry! “
jawab pemuda tersebut tanpa menoleh ke arahku.
“ Sorry naik lori la..ada lori??
“ balasku perlahan.
“ Cik cakap apa?? Tak dengar. “
balas pemuda itu lagi. Eh macam pernah dengar la suara ni. Haha biarlah. Aku
segera berlalu. Baru setapak dua aku melangkah tiba-tiba namaku dipanggil.
“ Iman!! Iman!! “
Siapa pula ni. Aku menoleh dan
kelihatan Haziq tersenyum di samping seorang wanita yang comel. Mungkin ibunya.
Aku masih kaku di tempat aku berdiri. Haziq!! Tapi dia dah berisi. Senang hati
la tu. Orang ada kekasih la katakan.
“ Kenapa diam? Tak kenal Haziq
kah?? “ tanya Haziq kepadaku.
“ Kenal. Kenal. “ jawabku sambil
bersalaman dengan wanita yang berdiri di sebelah Haziq.
“ Ini Puan Azira. Ibu haziq. “
jawab Haziq. Cehh, beria sebut nama. Rupanya ibu dia.
“ Oh ibu Haziq. Makcik sihat??
Saya Iman. Dulu haziq pernah menyewa di belakang rumah saya. “ kataku.
“ Lah..ini la Iman yang selalu
Haziq cerita tu. Manis orangnya. “ kata ibu Haziq sambil memelukku. Apakah?
Haziq selalu cerita apa la kat ibu dia ni. Aku menjegilkan mataku kepada Haziq.
“ Iman buat apa kat sini? Kerja
kat sini kah? “ tanya ibu Haziq.
“ Ya makcik. Saya kerja dekat
Bank Islam. “ jawabku ringkas.
“ Oh. Dah kerja la orang tu.
Nanti bila cuti boleh la datang rumah Haziq. “ celah Haziq pula.
“ Betul tu, nanti datang la rumah
makcik. “ balas ibu Haziq pula.
“ InsyaAllah makcik. Saya minta
diri dulu ya. “ kataku. Boleh gila kalau duduk situ lama-lama.
“ Eh kejap. Apa nombor Iman?
Rasanya dah tukar nombor baru kan? “ tanya Haziq.
Nombor telefon? Mengadanya Haziq
ni. Mentang-mentanglah ada ibu dia. Aku terpaksa beri nombor telefonku kepada
Haziq. Takkan nak bertekak depan ibu dia pula kan.
*****
Aku masih kecewa dengan tindakan
Haziq dan Imah. Kenapa Haziq perlu muncul kembali dalam hidupku. Mungkinkah
Haziq sudah berubah. Anyway, penampilan Haziq nampak lain sangat tadi. Segak!
Belum pun sempat aku hendak melelapkan
mata, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Ada mesej masuk. Haziq la tu.
“ Assalamualaikum Iman. Ibu ajak
awak datang rumah esok. “
Tepat sekali sangkaanku. Haziq
masih menggunakan nombor lama. Malas la nak pergi rumah dia.
“ Tak dapat la. Esok Iman balik
Taiping. So sorry. “ balasku. Memang aku akan balik Taiping. Nasib baik kan.
“ Betul kah? Atau Iman masih
marahkan Haziq? “ balas Haziq lagi. Mesej Haziq tidak berbalas.
*****
Sebenarnya Haziq sudah putus
dengan Imah. Mereka hanya bercouple dua bulan sahaja. Haziq menyesal dan dia
sudah mendapat balasannya. Imah tinggalkan dia kerana lelaki lain. What you
give you get back. Geng rongak memang dah kenal sangat dengan perangai Imah tu.
Puas kami nasihat tetapi dia tak pernah nak dengar. Dia gemar bertukar-tukar
pasangan kerana bosan katanya. Aku harap suatu hari nanti dia akan berubah.
Setiap hari Haziq pasti hantar
mesej kepadaku tetapi mesej kali ini lain sikit. Mesej-mesej dia berbentuk
nasihat. Islamik habis. Ini yang buat aku cair. Eh tak boleh tak boleh. Jangan
biarkan pisang berbuah dua kali tiga kali dan berkali-kali. Jangan mudah
terpedaya.
*****
Hidup aku kembali tidak tenteram.
Setiap minggu Haziq pasti balik Ipoh. Setiap minggu jugalah ibunya menjemputku
ke rumah mereka. Alahai. Maafkan saya ya makcik. Bukan tidak sudi tetapi takut
terhutang budi.
Kadang-kadang aku terserempak
dengan Haziq dan ibunya ketika menghadiri kuliah maghrib pada hujung minggu. Aku
terpaksa memberi alasan kepada ibu Haziq setiap kali dia mengajak aku ke
rumahnya.
*****
Hari ini aku bekerja seperti
biasa. Ketika waktu rehat, aku pergi ke kedai makan yang selalu aku dan
kawan-kawan kunjungi. Tanpa diduga, aku terserempak dengan ibu Haziq.
“ Assalamualaikum makcik. Seorang
saja kah? “ sapaku.
“ Ya Iman. Boleh temankan makcik
makan? “ pinta ibu Haziq. Tanpa berfikir panjang, aku terus setuju.
Macam-macam topik yang kami
bualkan termasuklah topik aku dan Haziq. What the smurf! Haziq dah ceritakan
semuanya kepada Puan Azira. Puan Azira meminta maaf di atas perbuatan Haziq
yang tidak setia. Katanya Haziq sudah berubah. Dia masih menungguku. Ibu Haziq
harap aku dapat terima Haziq kembali.
Aku berterus terang kepada ibu Haziq.
Aku tidak dapat berjanji. Aku masih susah hendak percayakan Haziq. Jika ada
jodoh aku dan Haziq, aku tidak akan menolak. Biarlah takdir yang menentukan.
*****
“ Haziq!! Kau dah kenapa?? Aku
tak suka la kalau kau bertindak sebelum beritahu aku rancangan kau. “ mesejku
kepada Haziq. Memandai betul si Haziq ni. Dia pergi jumpa ibu dan ayah aku.
Katanya hendak melamarku. Apa semua ni? Aku tak tahu apa-apa pun. Ibu dan ayah
pula dah setuju. Aku?? Aku tak setuju!!
“ Saya minta sorry. Salah kah?
Saya nak buktikan pada awak yang saya tak macam dulu lagi. Saya serius nak
jadikan awak suri dalam hidup saya. Saya harap awak setuju dengan lamaran ni. “
balas Haziq.
Arghh. Takkan nak kahwin
sekarang. Kenapa aku rasa emosi sangat yep? Walau apa pun, aku tetap tak
setuju. Aku harap ibu dan ayah faham.
“ Maaf Haziq. Buat masa sekarang
aku tak boleh terima kau. “ balasku.
*****
Sudah sebulan aku berkurung diri
di rumah sewaku sejak aku menolak lamaran Haziq. Aku tidak ke kuliah maghrib
kerana tidak mahu bertembung dengan Haziq dan ibunya. Rohaniku diisi dengan
bahan bacaan yang Haziq hadiahkan kepadaku bulan lalu. Kenapa aku masih meragui
kejujuran Haziq??
Haziq betul-betul sudah berubah.
Mungkin dia sendiri kecewa dengan hubungannya yang tidak bertahan lama semasa
berkawan dengan Imah. Semalam Haziq menyuruhku mendengar lagu Istikharah cinta
yang dinyanyikan oleh kumpulan Sigma. Dia nak suruh aku solat istikharah
agaknya. Cakap cuba la terus sikit. Ini nak kona bagai.
“ Assalamualaikum. Boleh jumpa
esok? “ mesejku kepada Haziq. Aku tidak mahu berlengah lagi. Mungkin ini masa
yang sesuai untuk berbincang mengenai kami.
“ Sure. Pukul berapa? Jumpa kat
mana?? “ balas Haziq.
“ Pukul 10 di Restoran Jenab. “
balasku ringkas.
*****
Aku menyatakan hasratku kepada
Haziq. Aku sudah melakukan solat istikharah dan ternyata aku sudah mendapat jawapannya.
Aku mahu berjumpa ibu Haziq. Sebenarnya sudah dua kali aku melakukan solat
istikharah. Kali pertama ialah ketika Haziq melamarku dahulu. Ketika itu aku
masih tidak yakin. Kali ini aku yakin. Mungkin sudah ditakdirkan bahawa jodohku
kini berada di depanku.
“ Alhamdulillah. Akhirnya doa
saya dimakbulkan. “ kata Haziq.
“ Apa yang awak doa hah? “
tanyaku dengan nada yang agak garang. Apa punya perangai la kan Iman ni. Nak
tanya orang pun marah-marah.
“ Saya berdoa agar dijodohkan
dengan awak dan agar hati awak lembut. “ jawab Haziq selamba.
“ What? Lembut hati?? Awak nak
kata yang hati saya keras la ea? “ kataku sambil menjegilkan mata.
“ Eh..bukan macam tu. Awak tu
garang sangat. Saya takut kalau awak tak terima saya. Tapi saya suka sikap awak
yang berhati-hati tu. Saya tahu awak takut kalau saya buat perangai macam dulu
kan?? “ balas Haziq panjang lebar.
“ Of course Haziq! Siapa nak
pisang berbuah berkali-kali kan. Sudah-sudah. Bawa saya pergi rumah awak. “
kataku.
“ Jom. Naik kereta saya nak? “ usik
Haziq.
“ Jangan nak mengada. Im not your
wife yet Mr Haziq! “ balasku.
*****
Aku mengekori kereta Haziq.
Lambat betul dia bawa kereta. Mengalahkan kura-kura patah kaki. Setengah jam
kemudian kami sampai di rumah Haziq. Alahai. 15 minit pun dah boleh sampai.
Sengaja nak buang masa aku kan.
Aku berborak dengan ibu Haziq.
Aku menyatakan rasa bersalahku kerana menolak lamaran Haziq sebulan yang lalu.
Aku bukan sengaja melakukan begitu. Ibu Haziq memahami tindakanku itu. Minggu
depan mereka akan ke rumahku sekali lagi.
*****
Tarikh pernikahan dan tarikh
kahwin telah ditetapkan. Kami akan bertunang dan bernikah pada hari yang sama.
Kami harap majlis akan berjalan dengan lancar. Aimi dan Haya banyak membantuku.
Imah hanya datang berjumpaku sekali. Katanya dia sibuk dengan kerja baru. Haya
membuat andaian mungkin Imah malu dengan perbuatannya dahulu.
Aku menjemput kawan-kawanku di
laman facebook untuk menghadiri majlis perkahwinanku. Lebih mudah. Ramai yang
terkejut kerana aku antara yang berkahwin awal. Iman yang garang tu dah nak
kahwin? Haha. Aku ni muka saja nampak garang tapi hati kaler pink tau.
*****
1 comments:
Hai Iman.. :P
Post a Comment