CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 7, 2012

:: karya kedua ::


 Assalamualaikum.. auww auww.. setelah setahun berlalu, karya kedua aku berjaya disiapkan.. hahaha lama kann.. biasa la.. dulu sangat sibuk belajar.. cehh.. ok ok j0m baca cerpen aku j0m ^^ 

                                                                I SMURF YOU
“ Iman..laksa  4 bungkus ais kacang 3 bungkus. “
“ Siap..hee “
Inilah rutin harian aku yang bermula semalam. Bangun pagi-pagi tak perlu ke kuliah tapi ke dapur. Cuti 4 bulan ni aku hanya menolong ibu berniaga. Ibu membuka gerai makanan di depan rumah. Menu utama di ‘gerai mak anjang’ ni semestinya laksa dan ais kacang.
*****
“ Mak anjang..laksa makan satu. “ laung Haziq.
“ Minum apa ?? “
“ Bandung cincau. ”
Cess..kurang asam betol la dia ni. Takkan tak tahu nak bezakan antara aku dengan mak aku. Sudah nampak aku sahaja yang ada di gerai tu, boleh pula dia panggil aku mak anjang. Jaga kau Haziq !! hehehe..aku sengaja lambat-lambat buatkan air yang dia pesan tu. Merah padam muka Haziq menahan pedas dek kerana tergigit cili padi. Padan muka kau !!
“ Aku tahu la kau marahkan aku sebab panggil kau mak anjang kan..tapi tak perlu la kau nak balas dendam dengan cara ni Iman oii.. ” Haziq bersuara.
“ Apa kau merepek ni?? Siapa yang marah?? Siapa yang dendam?? “ balasku.
“ Eleh..kau ingat aku tak tahu ke..kau sengaja letak cili padi banyak-banyak dalam laksa aku kan?? Sampai penuh pinggan..pastu kau sengaja buat air aku lambat-lambat kan?? “ balas Haziq pula.
“ Eh eh mana ada..mana ada. Aku buat macam biasa saja..heeee “  bagus lah kalau dia dah tahu.
“ Tak perlu nak senyum-senyum lah..burukk..ahaha”
Arghhh..geramnya..dia kata aku senyum buruk?? Siap kau Haziq!! Aku pasti balas dendam tapi bukan hari ni. Mak aku dah balik. Cepat pula mak aku habis beli barang hari ni.
Rancak betul Haziq berborak dengan mak aku. Bergossip mengalahkan gossip girl la Haziq ni.
*****
Aku baru sahaja kenal Haziq. Sudah sebulan dia menyewa di belakang rumah aku. Haziq ni polis. Dia tua setahun dari aku. Belakang rumah aku ni semuanya budak-budak bujang..bujang antik !! Bosan betul bila setiap hari ibu aku asyik bercerita tantang Haziq dan kawan-kawan dia yang menyewa kat belakang rumah tu. Diorang tu dah la suka buat bising. Bertambah tak suka aku pada Haziq.
*****
Malam tu aku online macam biasa. Bila buka facebook ada satu friend request. Siapa pula ‘Haziq Omo’ ni?? Lantak kau lah Haziq omo oi. Kalau nak add aku sila letak gambar sendiri. Aku paling tak suka bila orang nak add aku tapi letak gambar kartun la, gambar budak kecil la. Apa yang malu sangat nak letak gambar sendiri ha?? Lantaklah..lagipun aku tak ada kawan nama Haziq. Eh cop cop..budak belakang ni nama Haziq. Dia kah?? Ishh geram betol. Nak tengok gambar tak boleh pula.
*****
Hari ni ibu suruh aku jaga kedai sebab ibu nak pergi hospital bawa opah jumpa doktor. Alahai..jaga seorang-seorang tak best lah. Tengah hari tu agak kelam-kabut sebab ramai budak sekolah singgah beli ais kacang.  Baru sahaja aku nak duduk rehat tiba-tiba ada mesej.
“ Ais kacang sebungkus..taknak kacang taknak cendol and susu lebih ^^..laksa sebungkus taknak cili ^^..nanti aku ambil “
Siapa pula yang suka hati order gaya ni..taknak tu la taknak ni la..mengada betol.
Belum sempat aku nak bungkuskan ais kacang, aku dah dengar bunyi motor Haziq yang bising tu. Nak menyusahkan aku lagi la tu.
“ Dah siap ke belom ais kacang dan laksa yang aku order?? “ tanya Haziq.
“ Cess..kau ke yang order?? Patot la.. “ balasku sambil membuat muka minta penampar.
“ Apa yang patot nya ?? “ tanya Haziq lagi.
“ Ahh..order ais kacang tapi taknak kacang..pelikk! Nak susu lebih pula..kalau macam tu aku nak duwet lebih. “ balasku pula.
“ Alaaa..banyak cakap la kau ni..mintak lebih sikit saja..kedekot ! “ jawab Haziq.
Malas aku nak layan budak sengal ni.
*****
Malam tu kering otak aku berfikir dari mana Haziq dapat nombor telefon aku. Tak mungkin dia berani minta dari ibu aku. Malam tu takda mood nak online pon. Aku hanya join ibu tengok TV. Bunyi telefon bimbit aku yang tiba-tiba tu membuatkan aku hairan. Cuti-cuti ni jarang ada kawan-kawan yang nak mesej. Taufik ke?? Takkan la kot..dah lama aku clash dengan dia.
“ Oy..sombong nya..approve la aku..omo omo “
Rupanya dia ni la Haziq omo tu. Esok baru aku nak online, so esok lah aku approve kau sebagai kawan aku.
*****
Rasa menyesal pula bila approve budak Haziq tu. Notification aku penuh sebab dia. Terlebih rajin betul la dia tu. Dia ‘like’ semua status aku, gambar aku. Rimas !!!! Aku ni jenis yang  tak pernah nak mengalah. Aku pun ‘like’ semua status dia. Status yang dah lama pun aku ‘like’. Biar penuh notification dia. Semua gambar dia aku ‘like’ dan comment. Comment aku cukup ringkas..titik.
*****
Minggu hadapan dah mula puasa. Maknanya bermulalah episod menganggurku sebab ibu tidak berniaga pada bulan Ramadhan. Minggu ni agak ramai pelanggan yang datang setelah mereka tahu bahawa ibu akan tutup kedai pada bulan puasa. Setiap masa ada saja pelanggan yang datang. Alhamdulillah..rezeki.
Sebenarnya sudah lama aku tidak penat macam ni. Ibu sudah lama berniaga laksa, sejak aku kecil lagi tapi dua tahun lepas perniagaan ibu merosot sebab ada peniaga lain yang dengki dengan ibu. Itulah masalah orang yang berdengki, tidak senang dengan keuntungan orang lain. Tahun ni ibu kembali berniaga setelah dua tahun ibu bekerja sebagai pembantu tukang masak. Ibu lebih suka berniaga sendiri. Katanya senang , dialah bos dialah pekerja.
*****
Hari ni hari terakhir kami berniaga. Haziq dan kawan-kawan dia merupakan pelanggan pertama. Kecoh la mereka ni. Aku tak minat langsung nak layan kerenah mereka yang terlalu banyak songeh. Aku sengaja suruh kawan-kawan aku datang ke kedai. Tak perlu lah aku nak layan mereka lagi. Aimi, Haya dan Imah datang tepat pada masanya. Lebih senang nak layan kawan-kawan aku dari melayan budak besar yang mengada.
“ Korang nak makan laksa tak?? Aku nak buatkan. ” tanyaku kepada geng rongak.
“ Boleh jugak, kuah lebih..heee..aku nak ais kepal tau. ” pinta Aimi.
“ Aku pon nak ais kepal dan laksa. ” laung Haya.
“ Ko plak imah?? Taknak makan ke?? ” tanyaku kepada Imah.
“ Heee..nak bandung cincau dan keropok lekor seringgit. ” jawab Imah tersengih-sengih.
“ Okee..tunggu sat na. “ jawabku sambil menghidupkan api dapur.
Pelik pula aku tengok Imah ni. Dia bukannya suka cincau tapi kenapa dia pesan air tu. Dah tu asyik tersenyum saja. Sangat pelik.
Haziq dan kawan-kawannya masih belum pulang ketika kawan-kawan aku sudah mula beredar. Aip..nak tidur sini kah?? Tak pon nak makan malam kat sini. Ibu aku siap potongkan mangga untuk diorang lagi. Eee..tak sukanya. Nak manja-manja dengan ibu aku pula.
*****
Penyimpan mohor raja-raja dah ishytiharkan bahawa esok sudah mula puasa. Malam ni aku dan ibu nak pergi terawih. Seronok sangat bulan Ramadhan sebab kita boleh tunaikan solat sunat terawih yang hanya boleh dilaksanakan pada bulan Ramadhan.
Malam tu aku hanya tunaikan 8 rakaat saja. Ibu pula habiskan sehingga 20 rakaat. Aku pulang ke rumah dengan Imah dan Haya. Aimi mahu habiskan sehingga 20 rakaat. Sepanjang perjalanan tu Imah asyik bertanyakan tentang Haziq. Penat aku nak cerita semua pasal Haziq. Katanya Haziq betul-betul buat dia gila bayang. Poyo la Imah ni.
“ Weh Iman, ko ada nombor fon Haziq tak?? Nakkk “ pinta Imah.
“ Ada tapi lebih baik ko mintak dari dia saja..malas nak masuk campur. ” jawabku.
“ Betul tu Imah, ko add la Haziq di fb then ko mesejla dia. “ kata Haya.
“ Alaa..leceh la korang ni..Iman, please. “ kata Imah dengan nada merayu.
“ Yelahh..nanti aku mesej ko nombor dia k..puas hati?? “ balasku.
“ Puas !! Nak ngorat dia lah. “ jawab Imah tanpa segan-silu.
“ Ish ko ni Imah, sepatutnya dia yang ngorat ko tapi dah terbalik pulak. “ sampuk Haya.
“ Biarlah..zaman dah moden kan. “ balas Imah lagi.
“ Moden la sangat kan. ” kata Haya dengan nada menyindir.
*****
Pagi tu Haziq mesej aku. Konon nak kejut aku sahur tapi aku dah bangun awal dari dia.
“ Iman syg, bang0n2..sahur “
Ahh..nak bersayang-sayang pula. Rimas lah !!
“ Banyak ko punya sayang..aku dah bangun la “
“ Syg dah bangun rupanya ya..kenapa syg tak kejut Haziq?? Sedihnya L
“ Tak payah nak sedih sangat la kan..gedik la ko Haziq..dah dah..malas layan “
“ Eh c0p..nak tanya ni..kenapa ko bagi nombor aku pada kawan ko?? Tak best la “
“ Apa salahnya..bukan polis tangkap aku pon..hahaha “
Mesej aku tak berbalas. Marahkah Haziq pada aku?? Tak tak. Takkan dia nak marah kot. Hal kecil saja tu.
*****
Hari pertama berpuasa memang menguji kesabaranku. Susah betul nak kawal nafsu makan. Tekak rasa nak telan semua jenis makanan. Teringin nak makan badak berendam la, mihun goreng la, ayam percik la..haishh macam-macam sungguh. Tamak !!
Hari ni ibu buat kuih karipap. Banyak betul karipap yang ibu buat. Lagaknya macam hendak menjual karipap pula. Meja makan penuh dengan pinggan yang berisi karipap. Aku sudah tahu tugasku.
“ Assalamualaikum..mak enon oh mak enon.. “
“ Waalaikumsalam..eh Iman rupanya. Masuklah. “
“ Tak mengapa mak enon..ni ibu kirim kuih untuk mak enon..” pinggan yang berisi karipap kini bertukar tangan.
“ Terima kasih ya Iman..”
“ Sama-sama mak enon..selamat berbuka! “
Alahai..baru sebuah rumah aku singgah. Lagi empat buah rumah perlu aku pergi. Eh jap jap..selalunya hanya empat rumah aku perlu hantar makanan tapi kenapa kali ni lima ya?? Mungkin untuk kawan ibu. Biar aku hantar ke rumah mak kiah, mak joyah dan kak maryam dahulu.
“ Ibu, yang ni pula untuk siapa?? “ tanyaku sambil menunjukkan pinggan terakhir yang perlu dihantar.
“ Owh..itu untuk abang-abang Iman lah..yang kat belakang rumah ni. ” jawab ibu.
“ Abang Iman?? Erkk .. malas la bu..ibu saja lah yang kasi..” aku terus berlalu ke ruang tamu tanpa mengambil pinggan yang terakhir itu.
“ Iman..pergi saja bagi..bukannya susah pon..sama jugak macam Iman pergi ke rumah jiran yang lain. “ kata ibu.
“ Alaaa bu..tak kesian dekat Iman ke?? Penat dah ni..” jawabku malas.
“ Aik..tak pernah-pernah kau merungut kata penat, tiba-tiba hari ni penat pula. Pergi kejap ya..”
Aku akur dengan suruhan ibu walaupun aku benar-benar malas hendak ke rumah bujang sepah tu. Geram betul aku dengan Haziq ni. Sengaja dia biarkan aku tunggu lama-lama kat luar. Bila aku dah nak pulang baru dia keluar. Jahat!
*****
Malam tu aku, Imah dan Haya pulang dari solat terawih bersama-sama.
“ Iman..kenapa Haziq tak balas mesej aku ea?? Keciwa bet0i nii..s0bs0b. ”
“ Ermm..sibuk k0t Imah. ” jawab aku.
“ Harap-harap betul la dia sibuk…aishh tapi kan…kalau dia sengaja tak balas ?? dia tak suka aku ka ?? aku cantik apa..hahaha “
“ Cantik sangat !!! “ balas Haya sambil meletakkan tangan di bahu dan mata ke atas. Dia meniru gaya penghibur dalam sitcom sentap hati mak nak. Haha..
“ Ko cuba la mesej lagi. ” aku memberikan cadangan.
“ Mesti..aku akan pastikan dia balas mesej aku kali ini. ” kata Imah lagi.
Tekad betul Imah ni. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi memperoleh apa yang dihajati.
*****
Begitu cepat masa berlalu. Hari ni hari terakhir puasa. Sayang sungguh mahu meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ni. Tahun depan belum tentu lagi kita akan menemui bulan Ramadhan.
Malam ni aku menolong ibu masukkan kuih ke dalam balang. Kemudian, aku ke rumah nenek. Seronok sangat bila dapat berkumpul ramai-ramai dengan saudara-mara. Malam raya selalunya aku dan tiga orang sepupu akan keluar.
Kami mesti pergi jalan-jalan dan lepak. Aku suka lepak dengan Najwa, Najla dan Ruhil. Mereka sangat kelakar. Najwa ialah sepupu aku yang paling nakal. Dia suka kenakan orang. Najla pula sepupu yang paling aku rapat. Dia sporting habis lah. Ruhil masih kanak-kanak tapi dah berlagak macam orang dewasa.
Malam tu kami hanya lepak di taman permainan berhampiran rumah nenek. Tiba-tiba ada dua buah motosikal berhenti di hadapan kami. Aku rasa macam kenal saja mamat tu. Haziq!! Pelik bin pelot. Tak balik raya kah budak omo ni.
“ Kamu semua buat apa duduk sini malam-malam ni?? ” tanya Haziq.
“ Saja lepak bang. ” jawab Najwa.
“ Maila lepak sekali dengan kami. ” tambah Najwa lagi.
Eh budak najwa ni. Ada pula dia ajak polis dua orang ni lepak.
“ Adik-adik sekalian, sekarang ni dah lewat sangat. Tak sesuai kalau kamu nak lepak di sini. Kami berdua ditugaskan untuk membuat rondaan di kawasan ni. Abang rasa lebih baik jika kamu semua pulang ke rumah. ” nasihat kawan Haziq.
“ Errr..kacau la abang ni. ” kata Najwa.
“ Jomla balik. ” ajak Najla.
Aku terus menghidupkan enjin motosikal. Malas nak layan Haziq. Selepas menghantar Ruhil ke rumah nenek, aku pulang ke rumah. Rumah aku dan nenek dekat saja. Rumah nenek terletak di lorong belakang rumah aku. Kira satu lorong dengan rumah Haziq.
*****
Keesokan paginya, kami bersiap untuk ke surau. Dari jauh aku sudah nampak kelibat Haziq. Tak sangka baju kami sama warna. Kelabu.  Selepas sembahyang raya kami terus ke rumah nenek. Aku berasa pelik kerana Haziq turut serta. Ibu seperti memahami persoalan yang berlegar di minda aku. Kata ibu, Haziq akan beraya bersama kami. Erkk..
“ Wahh..kak ziah bawak menantu la. ” tiba-tiba makcik aku bersuara.
“ Menantu?? Eh bukan la..ni budak yang sewa belakang rumah tu..dia tak dapat cuti..jadi dia minta untuk beraya bersama akak sekeluarga. ” balas ibu.
“ Ooo..baju dah sama..sesuai pulak tengok..kalau betul pon apa salahnya. ” tambah paksu yang tiba-tiba muncul dari dapur.
Durrr..sepadan kah aku dengan si Haziq tuh?? Tak tahan tak tahan…nak gelak gulingguling ja rasa.
*****
Selepas beraya di rumah nenek, kami sekeluarga pergi beraya rumah opah pula. Perjalanan ke rumah opah hanya mengambil masa selama sepuluh minit. Haziq si penyibuk tu ikut juga. Menyampah!! Eh eh..menyampah kah?? Macam tak ja. Bila aku tengok cara dia layan ahli keluarga aku, ada rasa lain macam sikit kat hati ni. Heeee…macam dah..macam dah terjatoh suka pula. Comel sangat tengok dia main-main dengan anak-anak buah aku.
“ Yaya..jom la main dengan along. ” kata aku kepada anak buah aku yang baru berumur dua tahun.
“ Tanak…tanak..nak main dengan along ajiq. ” petah yaya membalas.
Jeles sangat tengok yaya bermain dengan Haziq. Cop!! Tadi yaya panggil Haziq ‘along ajiq’ kan. Amboi amboi. Malas nak fikir. Aku terus berlalu ke dapur. Aku berborak dengan Ain, sepupu aku.
“ Wah wah..muka bahagia nampak. ” tegur Ain sambil mencuit tanganku.
“ Yup..bahagia sangat..kak Iman cuti lama kali ni. ” balasku sambil tersenyum.
“ Bukan sebab cuti la kak Iman..Ain rasa akak bahagia sebab orang kat belakang tu.. ” kata Ain sambil memuncungkan mulutnya ke arah belakangku.
Terkejut aku bila nampak kelibat Haziq di belakangku. Macam toyol pula. Tiba-tiba saja muncul.
“ Siapa yang bahagia?? Iman kah?? ” sampuk Haziq.
“ Eh.tak ada apa la. Korang berdua nampak sepadan sangat. Sini.. Ain nak tangkap gambar korang. ” kata Ain.
“ Ain !! Taknak lah. ” aku tak dapat nak larikan diri sebab Haziq menghalang laluan.
Geram pula dengan Ain ni. Boleh pula dia mengambil gambar kami. Aku sempat menjeling ke arah Ain sebelum berlalu ke ruang tamu.
*****
Malam tu Haziq mesej aku. Katanya dia sukakan aku. Dia mahu menjalinkan hubungan yang lebih serius denganku. Couple?? No way !! Couple tu kan haram. Sejak aku putus dengan Taufik aku dah berubah sedikit. Kawan aku, Husna selalu menasihati aku. Aku masih ingat nasihatnya yang melarang aku bercouple. Katanya,keburukan bercouple itu melebihi kebaikannya.
Aku memberi alasan kepada Haziq. Dia tetap memujuk. Memanglah aku dah mula sukakan dia, tapi suka tak semestinya perlu bercouple. Aku bukannya budak baik, tapi apa yang dilarang oleh agama akan aku elakkan. Mesti ada hikmah kenapa kita tidak dibenarkan bercinta sebelum berkahwin.
“ Aku minta sorry. Aku tak boleh nak tunaikan permintaan kau Haziq. Kau tahu kan yang couple tu haram. Kan lebih manis kalau kita bercinta selepas berkahwin. Kalau ada jodoh takkan ke mana. Aku harap kau boleh bersabar. “
Itu mesej terakhir yang aku hantar kepada Haziq.
*****
Keesoakn harinya, ibu membuat rumah terbuka. Ramai tetamu yang hadir. Kawan-kawan aku tak ramai yang datang. Mereka masih berada di kampung. Begitu juga dengan Aimi, Imah dan Haya. Mereka masih berada di kampung masing-masing.
Tiba-tiba aku teringatkan Imah. Bukankah dia sukakan Haziq. Macam mana aku nak berterus terang dengan dia nanti?? Huhh
“ Hahhh.. ” aku dikejutkan dengan suara garau Haziq.
“ Apa ni..bagi la salam dulu..ni tak..terus bagi orang terkejut kan. Tumbuk nak?? ” marahku kepada Haziq.
“ Tumbuk la..tak takot!! ” balas Haziq.
Aku terus meninggalkan Haziq. Aku ke dapur mencuci pinggan.
“ Marah ke kak ?? Sorry la. ” tiba-tiba Haziq bersuara. Entah sejak bila dia ada kat dapur ni.
“ Dah la..jangan kacau orang..pergi la duduk depan..makan kuih raya..pergi pergi!! ” kataku kepada Haziq.
“ Taknak…nak teman awak! ” balas Haziq. Sejak bila berawak-awak ni. Geli!
“ Jangan nak mengada eh..orang menjerit karang! ” kataku sambil menjegilkan mata.
“ Auww..garangnya..oke oke. ” balas Haziq sambil berlalu ke ruang tamu.
*****
Sudah seminggu berlalu. Haziq masih tak jemu menghantar mesej kepadaku walaupun aku tak pernah membalas mesej-mesej dia. Aku tetap dengan pendirianku. Aku hanya akan mesej dengan lelaki jika ada hal penting yang perlu dibincangkan.
Pada waktu petang, aku keluar dengan Aimi, Imah dan Haya. Kami berborak-borak di taman permaianan berdekatan dengan rumahku.
“ Iman..kenapa Haziq tak pernah balas mesej aku ea?? ” tanya Imah kepadaku.
Aku terkedu. Apakah jawapan yang paling sesuai?? Tanpa berfikir panjang, aku terus menghulurkan telefon bimbitku kepada Imah. Aku menyuruhnya membuka inboxku. Tidak dapat kubayangkan apakah reaksi Imah setelah mengetahui Haziq sebenarnya sukakan aku.
“ Apa semua ni Iman ?? ” tanya Imah.
“ Kau dengan Haziq selama ni?? ” tanya Imah lagi.
Aimi dan Haya hanya berdiam diri. Agaknya mereka pun terkejut dengan berita ni.
“ Aku minta maaf Imah..aku tak berniat pun nak rampas Haziq dari kau. Dia yang.. ” belum sempat aku menghabiskan ayatku tiba-tiba Imah bersuara lagi.
“ Aku tak marah la Iman..benda macam ni kan tak boleh dipaksa. Nasib baik kau tak sembunyikan perkara ni. “ kata Imah.
“ Tapi kau sukakan Haziq kan Imah?? ” tanya Haya.
“ Yup..tapi takpa..perasaan ni belum di tahap yang serius lagi..heeee ” jawab Imah sambil tersengih.
“ Pelik. Betul kau tak sedih Imah? ” tanya Aimi pula.
“ Korang ni..rilex la..betul..aku ok! ” jawab Imah.
Lega rasanya. Bukan apa..aku tak mahu gadoh dengan kawan aku semata demi lelaki. Nasib baik Imah tak marah. Kalau tak..habislah aku.
“ Tapi kan..aku tak declare pun dengan Haziq..korang tau kan aku ni macam mana..aku just cakap kat dia kalau ada jodoh takkan ke mana. ” Sampukku.
“ Eh..macam tu pula..habis, Haziq kata apa? ” tanya Aimi.
“ Dia ok kot. Tapi dia masih hantar mesej..Cuma aku yang tak balas. ” Jawabku sambil tersenyum.
“ Ish..ish..ish..kau ni Iman…kesian dia mesej seorang-seorang.. ” sampuk Haya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan perbuatanku yang tidak membalas mesej Haziq.
“ Biarkan dia..aku dah cakap tak payah mesej, tapi dia degil juga.. ” jawabku.
Aku mengajak mereka pulang kerana waktu sudah hampir senja. Sebenarnya, aku dapat melihat perbezaan tingkah laku Imah. Dia tidak banyak bercakap. Mungkin lebih selesa berdiam diri atau mungkin dia kecewa.
*****
Cuti semesterku menghampiri penghujungnya. Ini bermakna, seminggu sahaja lagi aku akan pulang ke Pulau Pinang. Hari ini, seperti biasa, aku menolong ibu di gerai. Setiap hari Haziq pasti datang. Setiap hari jugalah dia menghantar mesej. Setiap hari jugalah dia kecewa agaknya kerana aku tidak membalas mesejnya.
Aku berdoa agar bertemu jodoh dengan Haziq. Dia memenuhi ciri-ciri lelaki yang aku suka. Jika dia jodohku, aku pasti gembira. Jika dia bukan jodohku, aku akan terima ketentuanNya kerana Dia telah memilih jodoh yang terbaik untukku. Aku juga tidak mahu terlalu berharap. Pada masa depan, mungkin Haziq akan jatuh hati pada orang lain. Aku hanya mendoakan yang terbaik untuk dia.
*****
“ Iman..ibu awak kata esok awak balik Penang..ermm..kenapa tak bagi tau Haziq awak nak balik esok. Iman balik dengan siapa?? Balik naik apa?? Balik pukul berapa?? “
Haziq baru saja menghantar mesej. Aku rasa tak salah kalau aku nak balas mesej dia. Tapi kan, banyak pula soalan dia. Apa dia ingat aku ni kaunter pertanyaan kah.
“ Yup incik Haziq. Esok aku balik Penang. Family yang hantar. Mungkin bertolak petang. “ balasku.
Tak sampai seminit telefon bimbitku berbunyi lagi.
“ Boleh tak kalau nak jumpa awak petang ni ?? “ balas Haziq.
“ Jumpa?? Untuk apa ep?? Tak perlu rasanya. K bye. “ balasku malas. Buat apa nak jumpa segala. Setiap hari pun jumpa rasanya.
“ Saya nak bagi sesuatu pada awak. Sekejap saja. Petang ni saya datang rumah awak. “ balas Haziq lagi.
Dah kenapa budak ni. Nak bagi apa la pula.
*****
“ Iman..Haziq datang ni.. ” laung ibu dari ruang tamu.
“ Kejap.. ” balasku dan segera ke ruang tamu.
Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan. Setelah menghidangkan air kepada Haziq, aku duduk berhadapan dengannya. Dia menghulurkan sebuah kotak yang cantik berbalut. Auwww !! Seronok pula dapat hadiah.
” Ini untuk awak. Harap sudi terima. “ kata Haziq setelah beberapa minit kami masing-masing membisu.
“ Serious?? Thank you!! Suka!! “ balasku tanpa segan. Tak malu kan budak Iman ni.
“ Tak sangka suka. “ kata Haziq sambil tersenyum. Apa senyum-senyum. Dia ingat cantik sangat la tu.
“ Tak payah nak senyum sangat lah. Orang nak kemas barang ni. Awak tak nak balik ka?? “ kataku dan terus berdiri. Eh tercakap awak pula. Lantaklah. Comel jugak berawak saya ni kan.
“ Erk..tak baik halau tetamu Iman. Haziq baru nak minum ni. “ jawab Haziq sambil mencapai gelas yang berisi air oren.
“ Ibu..Haziq nak balik dah. “ laungku kepada ibu yang berada di dapur.
“ Eh duduk la dulu. Makcik tengah goreng keropok lekor kat belakang tu. ” kata ibu.
“ Tak boleh ibu. Haziq kata dia ada kerja yang nak disiapkan. Betul kan Haziq?? “ celahku. Seronok betul dapat kenakan Haziq.
“ Eh mana ada. Kerja tu malam pun boleh buat. ” Jawab Haziq sambil tersenyum sumbing.
Adeh. Aku pula yang terkena. Takpa lah, biar ibu saja yang layan tetamu kehormat ni.
“ Owh..duduk la Haziq. Orang nak kemas barang. “ kataku sambil berlalu ke bilik.
*****
Kami sekeluarga selamat sampai di Pulau Pinang. Kami singgah di Queensbay untuk membeli sedikit barang. Teringat pula pada hadiah pemberian Haziq semalam. Tak sangka dia bagi aku telekung. Cantik sangat!! Nak bagi apa yep pada Haziq?? Baju?? Tali leher?? Jam tangan?? Ermm..bagi kain pelikat lah. J
Selepas membeli barang-barang, ayah terus menghantar aku ke USM. Keluargaku terus pulang ke Taiping setelah menghantarku.
*****
“ Kain pelikat..lalalala..kain pelikat..lalalala..” nyanyiku sambil membalut kain pelikat yang aku hendak hadiahkan kepada Haziq. Dah macam orang kahwin pula kan. Berbalas-balas hantaran gitu.
“ Amboi..berpelikat segala ni. Kau nak bagi dekat ayah kau kah kain pelikat tu?? “ tanya Nabila, roomateku.
“ Taklah. Nak bagi pada jiran aku. “ jawabku.
“ Wah!! Baiknya dengan jiran. Tua atau muda?? “ tanya Nabila lagi.
“ Takda lah baik sangat. Dia dah tua dah. Hahahah.. ” jawabku selamba. Biarlah rahsia. Malas nak cerita pasal Haziq ni.
*****
Sudah sebulan berlalu. Haziq masih menghantar mesej kepadaku. Seperti biasa, mesej dia tak pernah berbalas. Aku hanya membalas mesej dia yang menyatakan terima kasih atas pemberianku.
Aku rindu sangat nak balik kampung tapi sekarang banyak sangat kerja yang perlu dihabiskan. Tambahan pula, sekarang aku sedang mengendalikan karnival ICT. Nampaknya, tiada peluang la nak balik kampung.
*****
Pelik! Pelik! Pelik! Hari ni Haziq tak mesej pon. Terjadi apa-apakah pada dia? Maklumlah, kerja polis berisiko. Bekerja bahagian nakotik pula. Memang berurusan dengan penjenayah yang sangat berbahaya. Risau pula kalau terjadi apa-apa yang buruk pada dia.
*****
Haziq hanya mesej selamat pagi sahaja. Mungkin sibuk. Mungkin juga sudah ada orang lain. Tidak mengapa lah. Yang pasti aku tahu dia selamat.
“ Good morning Iman! Have a nice day J ”. Itulah mesej yang akan aku terima setiap pagi.
Mungkinkah Haziq dah jumpa teman istimewa? Aku tertanya-tanya. Semoga dia berjumpa dengan seseorang yang betul-betul ikhlas. Kalau la betul si Haziq tu dah ada teman istimewa, aku pasti cemburu. Yela..Haziq tu boleh tahan kacaknya, bekerjaya dan baik. Mesti ramai yang tertarik dengan dia.
*****
Seronok sangat sebab minggu ni aku akan balik kampung. Tak sabar nak jumpa ibu. Tak sabar nak makan masakan ibu. Tak sabar nak borak-borak dengan geng rongak.
*****
“ Iman !! Air kenduri satu.. ” laung Aimi.
“ Air kenduri?? Air apa tu?? Pelik-pelik lah kau ni mami.. ” kataku sambil mengerutkan dahi.
“ Takkan tak tahu kot. Air kenduri tu air sirap la.. ” sampuk Haya.
“ Erk..betul jugak kan. Selalunya, air sirap dihidangkan semasa kenduri.. ” kataku lagi.
“ Lambat la kau ni Iman..hahah..anyway, kau cuti lama tak?? ” tanya Imah.
“ Tak lama..lusa balik la..uols pulak?? Cuti sampai bila?? ” tanyaku pula.
“ Sama lah..kami pun balik lusa.. ” jawab Aimi.
“ Aku pula balik esok.. ” tiba-tiba Haziq mencelah.
“ Banyak la kau..sibuk saja.. ” kata Haya.
Kami terus berborak tanpa menghiraukan Haziq dan kawan-kawannya.
*****
Aku tengok Haziq biasa saja. Macam dulu lagi. Masih suka menyakat. Cuma dia dah tak mesej aku macam dulu. Mungkin bosan kerana tiada balasan.
Hari ni aku akan balik ke USM. Aku hanya naik bas. Seperti biasa, aku akan balik dengan Mastura si messy. Mastura ni kawan aku dari sekolah menengah lagi. Kebetulan kami sambung belajar di universiti yang sama.
*****
Sudah lama aku tak stalk facebook Haziq. Jadi, hari ni aku meluangkan sedikit masa jenguk-jenguk facebook Haziq omo tu.
Terkejut!! Banyak betul Imah post dekat wall Haziq. Macam ada apa-apa saja. Mereka couple kah?? Agaknya apa hubungan mereka ep?? Kawan saja kah?? Nak cuba tanya Aimi dan Haya lah. Mungkin mereka tahu.
“ Salam mek..buat apa tu?? heee..nak tanya sikit..Imah tengah kawan dengan siapa yep sekarang?? Maksud aku boyfriend dia.. ” mesejku kepada Aimi.
“ Salam mek..tengah online ja. Imah?? Tak taw pulak tapi hari tu dia cakap dia dah clash dengan Amar. Takda pulak aku tanya dia dah ada pengganti belum. Kenapa?? ” balas Aimi.
“ Ermm..aku agak pelik ni..cuba kau tengok wall Haziq. ” Balasku pula.
“ Alamak Iman.. Aku tengok banyak post Imah dekat wall Haziq. Sejak bila diorang rapat ni?? Kesian kau kan.. ” balas Aimi sepuluh minit kemudian.
“ Erk..kenapa nak kesian dekat aku pulak?? Aku bukan ada apa-apa dengan dia. Memang la aku suka kat dia tapi kami takda hubungan. So, aku takda hak pun nak tentukan dengan siapa dia boleh berkawan. ” Balasku agak kecewa.
Patut lah Haziq dah tak mesej aku macam dulu lagi. Rupanya dia dah ada orang lain. Tapi kenapa tak beritahu aku?? Eh lupa pula. Aku ni bukan siapa-siapa pun. Tapi agak terkilan. Sekejap saja dia berubah hati. Dulu bukan main lagi cakap kat aku yang dia sukakan aku. Hampeh.
*****
Malas aku nak layan lara di hati ni. Ewah..ayat jiwang kan. Sebulan dah berlalu. Aku dapat tahu yang Haziq sebenarnya ada hubungan istimewa dengan Imah. Rasanya Imah tahu yang aku sukakan Haziq. Tak sangka pula dia masih ada hati pada Haziq.
Aku tidak mahu mengganggu hubungan Imah dan Haziq. Sehingga ke hari ini, Haziq masih menghantar mesej kepadaku. Mungkin dia fikir aku masih tidak tahu tentang hubungannya dengan Imah. Aku tidak mahu menjadi penghalang kebahagiaan kawan baik aku.
Sebenarnya, semalam Imah mesej aku. Dia tidak mahu aku berhubung dengan Haziq langsung. Aku akur kerana aku tidak mahu menghancurkan persahabatan kami. Sebab itulah aku mengambil keputusan untuk menukar nombor telefon. Selepas ni, tiada lagi mesej Haziq.
*****
Haziq oh Haziq. Tak faham la dengan dia ni. Apa yang dia hendak dari aku?? Sudah ada teman wanita tapi masih menghantar mesej kepadaku di facebook. Oish!! Takkan nak kena tukar account facebook pula.
“ Tolong jangan kacau orang. Orang rimas la.. ” balasku dan berharap agar Haziq akur dengan permintaanku.
“ Aik..marah nampak. Sejak bila pandai beremosi ni Iman?? ” balas Haziq.
“ Jaga kawan orang baik-baik..jangan lukakan hati dia. ” Balasku lagi.
“ You mean Imah?? ” balas Haziq ringkas. Sayangnya, aku takkan balas mesej dia. Kenapa nak tanya lagi. Takkan nak nafikan pula. Dah terang lagi bersuluh. What the smurf!!
*****
Aku teruskan kehidupan seperti biasa. Tiada lagi gangguan daripada Haziq. Tiada lagi amaran daripada Imah. Tiada lagi perasaan terhadap Haziq.
Aku akan habiskan pengajianku tidak lama lagi. Aku harap masalah ini tidak akan menjadi beban padaku. Aku harap aku lulus dengan cemerlang dan dapat berijazah.
*****
Sedih sangat sebab sekarang ni dah jarang lepak dengan geng rongak. Aimi dan Haya selalu ajak keluar tapi aku yang malas. Aku masih tak bersedia nak berhadapan dengan Imah. Perlukah aku bersedih dengan sikap Haziq yang mudah berubah hati tu? Perlukah aku berdendam dengan Imah kerana merampas Haziq?
Biarlah. Tak larat nak fikir dah. Kalau fikir nanti lagi sedih. Nasib baik aku tak couple dengan Haziq. Kalau kami couple, Haziq mungkin akan curang juga. Aku rasa inilah hikmah kenapa Islam melarang umatnya bercinta sebelum kahwin. Bila difikirkan secara logik, seseorang yang bercouple pasti kecewa apabila dapat tahu pasangannya curang. Sedangkan aku yang tak bercouple ni pon dah kecewa, inikan pula mereka yang bercouple.
*****
Sungguh pantas masa berlalu. Aku telah menghabiskan pengajianku tiga bulan lepas. Alhamdulillah, kini sudah dua bulan aku bekerja di Bank Islam cawangan Ipoh. Masaku banyak dihabiskan di tempat kerja. Aku masih membiasakan diriku di tempat baru ini.
Aku tinggal dengan adikku, Helmi. Dia juga bekerja di Ipoh. Sangat bosan duduk seorang-seorang di rumah. Adikku selalunya akan keluar lepak dengan kawan-kawannya. Aku mengisi masa lapangku dengan menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid dan surau berdekatan rumahku.
Hari ni kuliah maghrib akan diadakan di Masjid Al-Hidayah. Seperti biasa, aku memandu sendiri ke sana. Semasa aku berjalan menuju ke ruang solat wanita, aku seperti ternampak kelibat Haziq dengan seorang wanita yang sudah berusia. Mungkinkah itu Haziq?? Sudah lama tidak mendengar khabar dari dia. Haziq sudah berpindah ke Kulim enam bulan lepas.
Selesai solat Isya’ bejemaah, aku segera mengemas barangku. Setibanya aku di pintu depan ruang solat wanita, aku lihat seorang lelaki berdiri berhampiran dengan kasutku. Alahai cik abang. Tiada tempat lain kah nak berdiri.
“ Maafkan saya encik. Kasut saya lagi sebelah macam ada di bawah kasut encik saja. “ kataku kepada lelaki tersebut. Eh kenapa ayat aku macam belit-belit saja ni.
“ Eh terpijak pula. Sorry! “ jawab pemuda tersebut tanpa menoleh ke arahku.
“ Sorry naik lori la..ada lori?? “ balasku perlahan.
“ Cik cakap apa?? Tak dengar. “ balas pemuda itu lagi. Eh macam pernah dengar la suara ni. Haha biarlah. Aku segera berlalu. Baru setapak dua aku melangkah tiba-tiba namaku dipanggil.
“ Iman!! Iman!! “
Siapa pula ni. Aku menoleh dan kelihatan Haziq tersenyum di samping seorang wanita yang comel. Mungkin ibunya. Aku masih kaku di tempat aku berdiri. Haziq!! Tapi dia dah berisi. Senang hati la tu. Orang ada kekasih la katakan.
“ Kenapa diam? Tak kenal Haziq kah?? “ tanya Haziq kepadaku.
“ Kenal. Kenal. “ jawabku sambil bersalaman dengan wanita yang berdiri di sebelah Haziq.
“ Ini Puan Azira. Ibu haziq. “ jawab Haziq. Cehh, beria sebut nama. Rupanya ibu dia.
“ Oh ibu Haziq. Makcik sihat?? Saya Iman. Dulu haziq pernah menyewa di belakang rumah saya. “ kataku.
“ Lah..ini la Iman yang selalu Haziq cerita tu. Manis orangnya. “ kata ibu Haziq sambil memelukku. Apakah? Haziq selalu cerita apa la kat ibu dia ni. Aku menjegilkan mataku kepada Haziq.
“ Iman buat apa kat sini? Kerja kat sini kah? “ tanya ibu Haziq.
“ Ya makcik. Saya kerja dekat Bank Islam. “ jawabku ringkas.
“ Oh. Dah kerja la orang tu. Nanti bila cuti boleh la datang rumah Haziq. “ celah Haziq pula.
“ Betul tu, nanti datang la rumah makcik. “ balas ibu Haziq pula.
“ InsyaAllah makcik. Saya minta diri dulu ya. “ kataku. Boleh gila kalau duduk situ lama-lama.
“ Eh kejap. Apa nombor Iman? Rasanya dah tukar nombor baru kan? “ tanya Haziq.
Nombor telefon? Mengadanya Haziq ni. Mentang-mentanglah ada ibu dia. Aku terpaksa beri nombor telefonku kepada Haziq. Takkan nak bertekak depan ibu dia pula kan.
*****
Aku masih kecewa dengan tindakan Haziq dan Imah. Kenapa Haziq perlu muncul kembali dalam hidupku. Mungkinkah Haziq sudah berubah. Anyway, penampilan Haziq nampak lain sangat tadi. Segak!
Belum pun sempat aku hendak melelapkan mata, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Ada mesej masuk. Haziq la tu.
“ Assalamualaikum Iman. Ibu ajak awak datang rumah esok. “
Tepat sekali sangkaanku. Haziq masih menggunakan nombor lama. Malas la nak pergi rumah dia.
“ Tak dapat la. Esok Iman balik Taiping. So sorry. “ balasku. Memang aku akan balik Taiping. Nasib baik kan.
“ Betul kah? Atau Iman masih marahkan Haziq? “ balas Haziq lagi. Mesej Haziq tidak berbalas.
*****
Sebenarnya Haziq sudah putus dengan Imah. Mereka hanya bercouple dua bulan sahaja. Haziq menyesal dan dia sudah mendapat balasannya. Imah tinggalkan dia kerana lelaki lain. What you give you get back. Geng rongak memang dah kenal sangat dengan perangai Imah tu. Puas kami nasihat tetapi dia tak pernah nak dengar. Dia gemar bertukar-tukar pasangan kerana bosan katanya. Aku harap suatu hari nanti dia akan berubah.
Setiap hari Haziq pasti hantar mesej kepadaku tetapi mesej kali ini lain sikit. Mesej-mesej dia berbentuk nasihat. Islamik habis. Ini yang buat aku cair. Eh tak boleh tak boleh. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali tiga kali dan berkali-kali. Jangan mudah terpedaya.
*****
Hidup aku kembali tidak tenteram. Setiap minggu Haziq pasti balik Ipoh. Setiap minggu jugalah ibunya menjemputku ke rumah mereka. Alahai. Maafkan saya ya makcik. Bukan tidak sudi tetapi takut terhutang budi.
Kadang-kadang aku terserempak dengan Haziq dan ibunya ketika menghadiri kuliah maghrib pada hujung minggu. Aku terpaksa memberi alasan kepada ibu Haziq setiap kali dia mengajak aku ke rumahnya.
*****
Hari ini aku bekerja seperti biasa. Ketika waktu rehat, aku pergi ke kedai makan yang selalu aku dan kawan-kawan kunjungi. Tanpa diduga, aku terserempak dengan ibu Haziq.
“ Assalamualaikum makcik. Seorang saja kah? “ sapaku.
“ Ya Iman. Boleh temankan makcik makan? “ pinta ibu Haziq. Tanpa berfikir panjang, aku terus setuju.
Macam-macam topik yang kami bualkan termasuklah topik aku dan Haziq. What the smurf! Haziq dah ceritakan semuanya kepada Puan Azira. Puan Azira meminta maaf di atas perbuatan Haziq yang tidak setia. Katanya Haziq sudah berubah. Dia masih menungguku. Ibu Haziq harap aku dapat terima Haziq kembali.
Aku berterus terang kepada ibu Haziq. Aku tidak dapat berjanji. Aku masih susah hendak percayakan Haziq. Jika ada jodoh aku dan Haziq, aku tidak akan menolak. Biarlah takdir yang menentukan.
*****
“ Haziq!! Kau dah kenapa?? Aku tak suka la kalau kau bertindak sebelum beritahu aku rancangan kau. “ mesejku kepada Haziq. Memandai betul si Haziq ni. Dia pergi jumpa ibu dan ayah aku. Katanya hendak melamarku. Apa semua ni? Aku tak tahu apa-apa pun. Ibu dan ayah pula dah setuju. Aku?? Aku tak setuju!!
“ Saya minta sorry. Salah kah? Saya nak buktikan pada awak yang saya tak macam dulu lagi. Saya serius nak jadikan awak suri dalam hidup saya. Saya harap awak setuju dengan lamaran ni. “ balas Haziq.
Arghh. Takkan nak kahwin sekarang. Kenapa aku rasa emosi sangat yep? Walau apa pun, aku tetap tak setuju. Aku harap ibu dan ayah faham.
“ Maaf Haziq. Buat masa sekarang aku tak boleh terima kau. “ balasku.
*****
Sudah sebulan aku berkurung diri di rumah sewaku sejak aku menolak lamaran Haziq. Aku tidak ke kuliah maghrib kerana tidak mahu bertembung dengan Haziq dan ibunya. Rohaniku diisi dengan bahan bacaan yang Haziq hadiahkan kepadaku bulan lalu. Kenapa aku masih meragui kejujuran Haziq??
Haziq betul-betul sudah berubah. Mungkin dia sendiri kecewa dengan hubungannya yang tidak bertahan lama semasa berkawan dengan Imah. Semalam Haziq menyuruhku mendengar lagu Istikharah cinta yang dinyanyikan oleh kumpulan Sigma. Dia nak suruh aku solat istikharah agaknya. Cakap cuba la terus sikit. Ini nak kona bagai.
“ Assalamualaikum. Boleh jumpa esok? “ mesejku kepada Haziq. Aku tidak mahu berlengah lagi. Mungkin ini masa yang sesuai untuk berbincang mengenai kami.
“ Sure. Pukul berapa? Jumpa kat mana?? “ balas Haziq.
“ Pukul 10 di Restoran Jenab. “ balasku ringkas.
*****
Aku menyatakan hasratku kepada Haziq. Aku sudah melakukan solat istikharah dan ternyata aku sudah mendapat jawapannya. Aku mahu berjumpa ibu Haziq. Sebenarnya sudah dua kali aku melakukan solat istikharah. Kali pertama ialah ketika Haziq melamarku dahulu. Ketika itu aku masih tidak yakin. Kali ini aku yakin. Mungkin sudah ditakdirkan bahawa jodohku kini berada di depanku.
“ Alhamdulillah. Akhirnya doa saya dimakbulkan. “ kata Haziq.
“ Apa yang awak doa hah? “ tanyaku dengan nada yang agak garang. Apa punya perangai la kan Iman ni. Nak tanya orang pun marah-marah.
“ Saya berdoa agar dijodohkan dengan awak dan agar hati awak lembut. “ jawab Haziq selamba.
“ What? Lembut hati?? Awak nak kata yang hati saya keras la ea? “ kataku sambil menjegilkan mata.
“ Eh..bukan macam tu. Awak tu garang sangat. Saya takut kalau awak tak terima saya. Tapi saya suka sikap awak yang berhati-hati tu. Saya tahu awak takut kalau saya buat perangai macam dulu kan?? “ balas Haziq panjang lebar.
“ Of course Haziq! Siapa nak pisang berbuah berkali-kali kan. Sudah-sudah. Bawa saya pergi rumah awak. “ kataku.
“ Jom. Naik kereta saya nak? “ usik Haziq.
“ Jangan nak mengada. Im not your wife yet Mr Haziq! “ balasku.
*****
Aku mengekori kereta Haziq. Lambat betul dia bawa kereta. Mengalahkan kura-kura patah kaki. Setengah jam kemudian kami sampai di rumah Haziq. Alahai. 15 minit pun dah boleh sampai. Sengaja nak buang masa aku kan.
Aku berborak dengan ibu Haziq. Aku menyatakan rasa bersalahku kerana menolak lamaran Haziq sebulan yang lalu. Aku bukan sengaja melakukan begitu. Ibu Haziq memahami tindakanku itu. Minggu depan mereka akan ke rumahku sekali lagi.
*****
Tarikh pernikahan dan tarikh kahwin telah ditetapkan. Kami akan bertunang dan bernikah pada hari yang sama. Kami harap majlis akan berjalan dengan lancar. Aimi dan Haya banyak membantuku. Imah hanya datang berjumpaku sekali. Katanya dia sibuk dengan kerja baru. Haya membuat andaian mungkin Imah malu dengan perbuatannya dahulu.
Aku menjemput kawan-kawanku di laman facebook untuk menghadiri majlis perkahwinanku. Lebih mudah. Ramai yang terkejut kerana aku antara yang berkahwin awal. Iman yang garang tu dah nak kahwin? Haha. Aku ni muka saja nampak garang tapi hati kaler pink tau.
*****



3 comments:

Miss Superspecial said...

Hai Iman.. :P

Blogger said...

If you want your ex-girlfriend or ex-boyfriend to come crawling back to you on their knees (even if they're dating somebody else now) you must watch this video
right away...

(VIDEO) Why your ex will NEVER come back...

Blogger said...

Ever wanted to get free YouTube Subscribers?
Did you know you can get these AUTOMATICALLY & TOTALLY FREE by registering on Like 4 Like?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...