CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 16, 2011

~ Syaaban ~


sekarang ini kita berada di dalam bulan syaaban ^^ bulan syaaban ialah bulan Rasulullah s.a.w...sebagai umat, pelbagai ganjaran diberikan bagi setiap amalan persediaan menyambut Ramadhan yang kita lakukan..


antara amalan mudah yang b0leh kita perbanyakkan pada bulan Syaaban ini ialah berselawat, bers0a dan berzikir...amalkanlah dengan istiqamah ^^

Sabda Rasulullah s.a.w. :
 “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”






selain itu, kita juga digalakkan supaya banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban..^^

sabda Rasulullah s.a.w. :
“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

15 Syaaban merupakan malam nisfu Syaaban...nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh rahmat dan d0a menjadi sangat mustajab..^^ nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat kelangit dan digantikan dengan buku catatan yang baru..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...