CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 3, 2011

:: karya pertama ::

wah wah..karya apa ya?? ahaa... sekarang aku baru nak berjinak dalam bidang penulisan... cerpen pertama aku ni tentunya tak best..kalau bosan tu maafla ye..tinggalkan lah comment korang...nanti boleh aku perbaiki..^^ selamat membaca anda semua ~

wattefilletoffish


Alamak!! Jatuh lagi. Alahai, malunya nak panggil dia. Nanti dia ingat aku suka dia pulak.

“Err…encik..pemadam saya jatuh sekali lagi. Maaf la manyusahkan ja. Pemadam ni degil la “ sempat aku berseloroh dengan mamat yang tak berapa kacak ni. Dia terus sahaja tunduk mengambil pemadam aku yang jatuh berdekatan meja sebelah aku.  Dia hanya senyum mendengar ayat aku tadi. Alahai, hensem la pulak bila dia ni senyum.

Hampir putus urat belakang aku jawab paper ekonomi tadi. Mana tidaknya, tiga jam masa menjawab. Susah betul soalan Dr. Suresh tadi. Aku main redah saja jawab soalan-soalan tu. Macam biasa la kan, yang susah mesti jawab waktu akhir-akhir. Jawapan pun pendek saja. Memang tak dapat score la kan. Lantaklah, yang penting aku nak enjoy. Tinggal lagi satu paper saja lagi, Makroekonomi. Pada aku, makroekonomi susah. Bertambah susah bila tak berapa nak faham apa yang Dr. fatah ajar. Memang la tak faham kan. Masuk kelas tapi bersembang. Salah sendiri.

Jurang hari untuk paper makroekonomi ada seminggu. Aku dan kawan-kawan memang lupa diri. Seminggu tu kan lama. Malam ni aku dan ‘geng cokodok’ nak makan luar. Lama gila tak lepak luar. Inilah saat yang dinantikan. Cewah cewah. Lepas isyak ja aku mula mesej kawan-kawan aku. “ Korang, jom..aku tunggu kat DUD…jangan lambat okk..^^ “ . Habis kredit aku mesej cokodok-cokodok tu. Geng aku memang sangat ramai. Semuanya ada lebih kurang 10 orang.

Sepanjang jalan tu kan, aku asyik teringat kat mamat ‘penjaga exam’ tu la pulak. Dia tak kacak pon, tapi ada style lah. Sukanya. Malam ni memang aku makan banyak gila. Biasa la perut aku kan besar. Waktu kami semua tengah beratur nak bayar, tiba-tiba aku nampak mamat ‘penjaga exam’ tu dengan kawan-kawan dia. Baru lepas makan la agaknya. Aku dan geng aku jalan betul-betul belakang geng si mamat ‘penjaga exam’ tu.

                                                                ******************
“ hai hairol..kau pon makan kat area ni ea”

“ eh fiqah..tak perasan pun kau..kau makan kat mana tadi? Nampak aku ke?? Heee”

“mestila kan..kau tu je yang buta..muahaha”

“hahaha..macam kau tak kenal aku..we fiqah..member-member kau cun la..kim salam”

“mengada na…jangan harap aku nak bagi membe aku kat kau…we..geng kau pon ramai la..jap nak kira… 1,2,3,4,5,6,7,8,9……hee 3 orang”

“pandai kau buat lawak ea…”

Hairol tu kawan si mamat ‘penjaga exam’ tu. Eh si afiqah ni. Kalau jumpa member dia langsung tak ingat kami kat belakang ni. Terbantut perjalanan aku. Aku sempat dengar perbualan afiqah dengan hairol tadi. Diorang sambung lagi tapi aku dan Jashi  dah kedepan. Malas nak jalan lambat-lambat. Kawan-kawan yang lain pun dah kedepan. Waktu aku berselisih dengan mamat tu kan, dia senyum je.

“ hai anda..senyum lebar nampak…sampai tak cukup mulut..hahah”.. tanpa segan silu aku menegur mamat tu.

“ eh yeke?? Mana ada..excited nampak anda kot”,,selamba ja mamat tu balas cakap aku.

“what so ever “ aku saja buat lagak perempuan gedik. Jashi pun buat sama. Mamat tu pun tiru gaya kitorang. Lawak gila tengok dia buat gaya mak nyah. Ayat ni memang Jashi yang ajar. Memang kena gedik la kalau nak cakap ayat orang putih yang satu ni. Aku dengan kawan-kawan  terus berjalan masuk ke pintu kompleks RST. Mamat tu naik kereta dengan kawan-kawan dia. Rupanya mereka tinggal luar. Memang la tinggal luar sebab mereka bukan student pun.

                                                                *******************

Seminggu dah berlalu. Es0k aku akan duduki exam last tapi macam tak bersedia ja. Baca buku tak banyak mana pun, menyeleweng banyak la. Deyy..banyak lagi yang tak hafal. Lantaklah, yang penting aku dah habis selak-selak buku makro tu. Hee…selak sambil baca sikit-sikit.

                                                                *******************

Pagi ni aku bangun awal gila. Kononnya nak buat persediaan akhir la kan. Pukul 8 aku dah keluar bilik. Sambil jalan pergi cafe, aku telefon mak dan abah. Itu adalah rutin hari exam. Mintak restu dan doa dari mak abah.

Kat cafe, aku dah nampak muka member Sarawak aku, Atul dan budak comel Asiah. Diorang memang awal. Muqhlisah pula tengah beli makanan. Belum sempat aku nak duduk, aku dah nampak  si Jashi tu baru nak turun.  Macam biasa, Afiqah dan Intan mesti lambat. Tepat jam 8.30 pagi. Kami dah mula naik bas RST. Seorang lagi geng kami agak terpisah, dia tinggal dalam kawasan kampus. Salwani duduk dekat Indah Kembara sebab dia join palapes.

Paper makro pun sama macam mikro. Tiga jam masa menjawab. Aku berusaha gila-gila nak perah otak yang dah kering ni. Bila tak tahu jawab, aku goreng la..janji tak hangit…Hahahah….lepas jawab bahagian A kan, aku rehat-rehat la kejap. Mata aku melilau tengok kawan-kawan jawab. Semuanya khusyuk-khusyuk belaka. Tup-tup aku ternampak si mamat aritu. Tak sangka dia jaga hall ni. Tersenyum kambing aku bila tengok dia. Alamak !!! Macam dah tersuka pula.

Sebelum aku keluar dari dewan tadi, mamat tu sempat menyakat aku.

“ hai anda, arini pemadam tak jatuh ke?? Heee “

“ tak..tadi saya  yang jatuh..hahaha “ kurang asam betul la dia ni. Pekena aku pula. Dia ingat aku sengaja jatuhkan pemadam tu kot.

“ eh anda…membe anda tunggu tu..bye..jumpa malam ni ya!!”

“ ok bye !! “

Erkk…cop cop…apahal pula nak kena jumpa malam ni. Ah..mesti dia ni senget otak..dia mesti main-main ni. Nak pekena aku lagi la tu.

                                                                                *******************

Malam ni aku nak tidur puas-puas. Lepas mandi tadi aku tengok ada mesej masuk, dari classmate mama.

“beyonce..malam ni kite makan luar nak?? Jomla..esok ramai yang nak balik..so malam ni kita lepak sama..plishh “..

“baiklah ma..on!!”…alahai..tak dapat la aku nak bermanja dengan tilam yang tak berapa empuk aku tu.
Mama tu afiqah. Kami panggil dia mama sebab dia tu teringin sangat nak baby, padahal kahwin pun belum lagi. Beyonce tu pula aku lah kan. Hahaha..nama nak femes ja.

                                                                                *******************

Malam tu macam biasa la, aku order milo tabor dan nasi kosong plus tomyam ayam. Aku tak syak apa-apa pun. Mula-mula memang agak pelik sebab aku gerak dengan Jashi ja. Geng yang lain dah datang awal. Waktu sampai tadi pun hanya ada Atul dan Asiah ja. Pelik pelik, kata dah datang awal. Lima minit kami tunggu baru la budak-budak ni muncul. Terkejut juga aku bila tengok si mamat tu dan geng dia join sekali. Aku dan Jashi saling berpandangan. Aku bertambah pelik bila nampak si mamat tu menatang sebiji kek coklat. Terliur pula aku tengok. Birthday siapa pula ni. Setahu aku, mana ada member-member aku yang lahir pada tarikh hari ni atau esok atau semalam.

“happy birthday to uuuu..happy birthday to uuuu…. happy birthday to huda besar kecil… happy birthday to uolss….”

Semua orang mengadap aku dan Jashi dan nyanyi lagu tu. Aku dan Jashi kongsi nama HUDA tu..Nur Jashidatul Huda dan Nurul Huda. Jashi ni kurus orangnya. Aku pula berisi. Patut la panggil huda kecil besar. Hahahaah…

“ korang, kenapa sambut birthday kami ni?? Kan ke kami ni bulan 5…” Jashi bersuara sebaik sahaja mereka habis menyanyikan lagu birthday.

“ alaa…korang punya birthday kan waktu cuti..sebab tula kami sambut sekarang..” jawab mama.

“surprise tak??” Tanya Asiah si budak Johor tu.

“mestila kan” jawab aku dan Jashi serentak.
Suka gila. Aku dan Jashi asyik tersengih saja. Memang tak sangka langsung. Aku dengan selamba tanya la dekat geng mamat tu.

“ we, macam mana korang bole join ni?? Pelik ja..”

“ Kebetulan la..afiqah ni yang ajak makan sekali..tak sangka pula ada buat birthday2 segala..” jawab hairol si kawan mama.

“ ooooooooooo “

Lama jugak la kami lepak. Pukul satu pagi baru balik. Dalam perjalanan tu kan..si mamat jalan sebelah aku. Dia tolong bawa hadiah yang geng aku bagi. Dia tanya bila aku balik cuti. Aku kata la aku balik minggu depan sebab aku nak jaga stor. Then dia kata esok dia datang hostel aku sebab nak bagi hadiah. Sukanya. Awal-awal lagi aku dah ucap terima kasih. Sebelum dia dan geng dia beredar, kami sempat bertukar nombor telefon. Aku tak mahu bagi tapi dia kata untuk kesenangan hari esok. Ceyyy,…

                                                                ******************

Aku baru saja nak pergi mandi dan tiba-tiba ada mesej masuk. Mamat ‘penjaga exam’ la.

“ monink anda !! td0 lagi ea?? Hee siap taw..nak bawak anda kaluar…”

“ what?? Keluar?? Semalam kata nak datang bagi hadiah ja..takmaw la..malas..”

“ anda…plisss…sy taw anda b0san dok sorang2 kan..j0mla..^_^ “

“ ish..mengada bet0l la anda ni..yela yela..gimme 30 min kayh “

Wah wah…aku seronok gila ni. Mamat ni biar betul nak ajak aku keluar. Ada motif ke?? Lantaklah..aku cuba ikut rentak dia.

                                                                ******************

Lepas siap aku terus turun. Dari jauh aku dah nampak kereta si mamat tu. Tanpa dijemput aku terus masuk. Heee..tak malu betul aku ni.

“ Hai nurul !! “ erkk..dia panggil aku Nurul. Tak pernah orang panggil aku Nurul. Tiba-tiba mamat ni..emm Nurul pun Nurul lah…nasib baik tak panggil aku joyah ke minah ke.

“ Hai meon !! “ selamba ja aku bagi nama baru dekat dia. Yela, mana aku tahu nama dia kan. Dia gelak gila-gila bila dengar aku panggil dia Meon. Aku sendiri pun tergelak. Bukan apa, aku teringat pakcik meon dekat rumah aku. Pakcik meon tu tiga suku orangnya. Lagi pun mana ada orang guna nama tu dah.

“ Kenapa anda panggil saya meon?? Tak glamour la nama tu..panggil la Brad Pitt ke..Pitbull ke..hee”

“ Perlu ke nak nama omputeh..hahaha mengadanya..”

“ Nak jugak glamour macam anda..beyonce tuuu..”

“ Aip..mana tahu ni? “

“ Aritu tanya mama..macam-macam saya tahu pasal anda taw..”

“ Erkk..mama bagitaw?? Ooo”

Mamat ni tak malu betul. Dia pun panggil afiqah, mama. Agaknya dia pun nak join geng cokodok kot. Kalau nak join ok juga. Entah kenapa aku rasa senang dengan mamat ni. Gaya dia memang smart la. Pagi  ni aku seronok gila. Kami pergi shopping dekat Queensbay mall. Kebetulan waktu tu ada sale. Yang mahal jadi murah gila. Mana taknya, 70 %. Aku ada la minat purse ni, kaler silver. Memang cun la kan. Tapi si meon tu tak bagi beli. Dia kata mahal. Menyampah pula aku kat dia ni. Aku bukannya minta duit dia pun tapi sibuk tak bagi beli. Lepas tu aku terus takda mood. Hati aku baru nak bahagia sikit dengan layanan dia yang agak sweet ni, tapi jadi geram bila dia macam control aku.

Lepas puas jalan-jalan dia bawak aku makan KFC. Elehh…ingat boleh pujuk aku kot. Dia tahu aku marahkan dia pasal insiden dekat Forever 21 tadi. Waktu dalam perjalanan nak hantar aku balik tu dia ada ajak aku keluar makan malam. Aku jawab acuh tak acuh saja.

“ Tengoklah kalau rajin saya g..”

“ Jangan la macam ni…sory kayh…malam ni awk takyah jalan kaki..saya amek awk..”

“ Tak payah la susah-susah..”

“ Yela..kalau taknak saya tak paksa..”

Malam tu memang aku malas nak keluar pergi mana-mana. Geng aku pun semua dah balik. Lagipun aku bertugas jaga stor. Sebenarnya aku takda la marah sangat dengan si mamat tu. Cuma aku bengang sikit. Waktu shopping, kalau dah jumpa satu barang yang aku suka gila aku mesti terus beli. Lantaklah, mungkin takda rezeki nak merasa purse cun tu. Ceyy..

Waktu aku bersiap-siap nak pergi jaga stor kan, tiba-tiba ada panggilan masuk. Meon call. Hish, apa lagi la budak ni nak.

“ Assalamualaikum..hai Nurul !! “

“ Emm..ws “

“ Aik..ws je? Cuba jawab betul-betul…”

“ Waalaikumsalam..nak apa?? Saya kena jaga stor ni..nanti la call balik…”

“ Cuba anda pergi ke tingkap…tengok bawah.. “

“ Huh !! napa anda datang ni…aduhh “

“ Ada hal mustahak ni..anda kena tolong saya..turun cepat ! “

“ Tapi kan…”

Belum sempat aku nak balas kata-kata dia tiba-tiba kedengaran talian di sebelah sana telah pun dimatikan. Cess..tak guna betol la dia ni..belasah juga kang. Tanpa lengah aku terus turun bawah jumpa Meon tu. Kalau lagi lambat aku jumpa dia lagi lambat la aku pergi bertugas. Bila aku sampai saja dekat kereta dia, dia cepat-cepat buka pintu belakang kereta.

“ Apa yang mustahaknya incik meon oii..mak aii..gemuknya bear ni..ee anda pun main bear ke?? Hahaha lawak la..takkan la sebab nak tunjuk bear anda ni, anda suruh saya turun. Buang lemak saya ja…”

“ Eh..sapa kata saya main bear..ni hadiah yang saya nak bagi kat anda la..kan saya dah janji nak bagi..saya nak bagi tadi tapi tengok anda takda mood ja,  terus terbantut..”

“ Betol ke ni?? Heeee…macam best ja..nak pegang jap bole?? “

“ Lah..kan saya bagi anda…amek terus la..emm ni ada lagi satu..” mamat tu menghulurkan kotak yang cantik berbalut.

Aduhh..apa pulak ni. Dia suruh aku buka waktu dalam bilik. Aku pun akur saja. Seronok gila. Terus hilang rasa bengang dekat dia ni. Pandai betul dia ambil hati aku. Sukaaaaaa !!!

                                                                *****************

Tak sangka betul. Mamat tu bagi purse yang aku suka tadi. Patut la beria tak bagi aku beli. Rupanya dia yang nak belikan. Bertuah pula aku rasa. Kalau macam ni lah layanan dia, emm boleh buat aku jatuh sayang. Tapi pelik sangat kenapa dia buat baik dengan aku. Baru saja aku hendak melelapkan mata, tiba-tiba handphone aku berbunyi. Macam boleh agak ja siapa yang telefon. Aik..bila aku tengok skrin, nama lain yang muncul. ADAM !! eh siapa pula Adam ni. Aku mana ada kawan nama Adam. Pelik bin ajaib.
“ Assalamualaikum..hai Nurul !! “

“ Waalaikumsalam..eh anda..errr ingatkan siapa la tadi..”

“ Napa? Pelik ya?? Hee…saya saja tukar nama tu..kan tadi saya mintak tengok nset anda..heee”

“ Owhh…anda tukar la ea?? Tak malu betol..”

“ Saja letak..yela, anda tu tak pernah nak tanya nama saya..saya dah tahu serba sedikit pasal anda tapi anda?? Emm.. macam tak minat ja nak tahu pasal saya..kecik ati..”

“ Eleh..mengada lah…kan nama anda meon..heee..neway, thanks adiah tu..sukaaa…”

“ I know u like it..that’s why I bagi u..okey lah Nurul..saya nak tidur la..nite darlink !! masih sempat Adam ni berseloroh.

Ala..tak sempat nak tanya kenapa dia baik sangat nak bagi sampai dua hadiah dekat aku. Takpa, bila-bila nanti aku tanyalah.

                                                                                *****************

Bosan gila duduk sorang-sorang. Aku sanggup balik lambat sebab nak jaga stor. Jaga kejap pon dapat duit. Heee…dapat juga aku shopping dengan duit tu nanti. Hari ni pagi-pagi lagi aku dapat mesej dari Adam. Dia ajak aku keluar makan tengahari dengan dia. Aduhh…tak boleh nak tolak bila tengok dia beria pujuk aku temankan dia.

“ Baiklah Adam…come and fetch me at 12..”

“ Go0dd..see ya..jangan lambat…”


Baru beberapa hari aku kenal Adam tapi aku dah mula suka dia. Cara dia layan aku memang menawan gila. Cayaq hati aku ni. Heee ..tengahari tu macam-macam yang kami bualkan. Aku ni dah macam mesin pencetak soalan pula. Ada saja soalan yang aku nak tanya mengenai diri dia tu. Maknanya, dah banyak juga yang aku tahu pasal Adam. Rupanya Adam dah tahu banyak pasal aku. Aku ingatkan dia tipu tapi bila aku tanya birthday aku bila, aku orang mana, aku ambil course apa dan macam-macam lagi…cepat saja dia jawab. Dia korek segala rahsia aku dari mama. Cess..main tanya orang pula ya. Hee…dia macam seyes ja nak kawan dengan aku. Dia nak kenal aku dengan lebih dekat lagi. Dalam diam aku setuju gila kalau dia nak kenal-kenal dengan aku.

                                                                     *****************

Bila hati dah suka semua benda nampak sempurna. Tak sangka dah dekat 3 minggu aku berkawan dengan Adam. Dia tu sebenarnya tengah tunggu tawaran nak buat Master. Sementara tunggu tawaran tu, dia buat part time di USM ni. Sepanjang seminggu aku berada di USM, setiap hari dia datang jemput aku makan dan bawa aku pergi jalan-jalan. Aku sempat juga berkenalan dengan kawan-kawan dia. Semua pun sempoi ja. Waktu aku kat rumah pun, setiap hari Adam call. Kadang-kadang tu Adam ajak ber’ webcam’ dengan dia.

                                                                    ******************

Hari ni dah sebulan kami kawan. Adam nak datang Taiping jumpa mak dan abah aku. Biar betol mamat ni..adehh aku pula yang gelabah. Ni kali kedua kawan lelaki nak datang rumah. Yang pertama tu Sharil. Dia nak kat aku tapi abah tak bagi sebab waktu tu aku sekolah lagi. Lagipun jarak umur aku dengan dia hampir tujuh tahun. Kami putus cara baik dan masih berhubung sebagai kawan.

Emm…gelabah aku. Bila aku cerita dekat mak yang Adam nak datang, mak aku senyum ja. Maknanya mak tak marah. Mak tanya macam-macam pasal Adam. Apa yang aku tahu aku cerita la. Adam sampai Taiping tengahari. Aku dan adik aku pergi ambil dia dekat tol changkat Jering. Dia tak pernah sampai Taiping lagi.
Sampai ja rumah mak dah siap sediakan makan tengahari. Si Adam tu betul-betul menikmati makanan yang mak masak. Agaknya lapar sangat kut. Lepas makan dan solat zuhur, Adam minta izin mak nak bawak aku keluar. Dia minta nombor fon abah nak minta izin bawak anak dara keluar. Aduhh…lelaki idaman ni, siap mintak izin lagi. Sukaaa….

Aku ni nama saja duduk di Taiping tapi jalannya tak berapa nak hafal sangat. Last-last aku ajak dia pergi Taiping Central saja. Kami tengok wayang. Kesian Adam, datang jauh-jauh aku bawak dia pergi tenguk wayang saja. Macam hampeh…penang pun boleh tenguk wayang kut. Petang tu aku ajak dia pergi lepak dekat Taman Tasik. Adam ajak aku naik itik. Aku taknak sebab takut jatuh tapi Adam paksa jugak. Waaaaa…

“ Adam, kita kayuh dekat-dekat saja ya…takmaw pi jaoh-jaoh..”

“ Yelah..dekat sini je..”

Sampai saja dekat tengah-tengah tasik tu aku berhentikan kayuhan. Adam pun sama tapi baru dalam lima minit berhenti tiba-tiba Adam mulakan kembali kayuhan. Cess…mamat ni main tipu.
“ Adammm…awat pi kayuh lagi ni…dah jauh sangat ni..patah balik..cepat !! “

Adam masih berdegil. Dikayuhnya sampai ke hujung tasik. Sebenarnya aku agak cuak tapi aku buat slamba ja. Adam jahat gila. Ada ka patut dia sengaja goyangkan itik yang kami naik tu. Geram betol la dia ni. Boleh pula dia tidur kat situ.

“ We Adam..bangun la..kalau nak tidur balik rumah la…sini tempat nak bersantai…”

“ Eh..siapa cakap…kat sini pun boleh tidur apa..awak tunggu kejap ya…nak take a nap sat..”

“ Deyy…awak ni kan…” aku terpaksa akur. Tak bergerak aku dari tempat duduk tu. Bimbang kalau-kalau terjatuh. Aku ni badan ja besar tapi penakut. Memang aku tak berani kalau berdepan dengan air ni. Tasik, sungai dan laut memang aku tak suka.

Tak sampai sepuluh minit Adam dah bangun. Entah tidur betul-betul ke tipu-tipu la dia ni.

“ Sedapnya tidur…rghh..” menggeliat si Adam tu. Tidur sekejap pun nak menggeliat teruk-teruk. Adam…Adam…

“ Jomla balik…dah petang sangat ni..nanti awak tu penat pulak nak drive balik sana..”

“ Eh sapa kata saya balik hari ni ?? heee..saya sewa belakang rumah awak la..”

“ Tipu la tu..awak nak sewa belakang rumah?? Eee..sewa lah…rumah tu ada hantu belambak gila..kalau berani pergila..meheheheh”

“ Tak takot pon…ni Adam la ..” cehh berlagak gila mamat ni.

                                                                                *******************

Malam tu Adam memang tak terus balik Penang. Dia nak juga bermalam kat rumah aku. Memang tak manis kalau dia nak tidur kat rumah aku. Akhirnya aku minta adik aku, Jomie temankan dia tidur di rumah arwah atok aku. Rumah arwah atok tak jauh pun, cuma lorong belakang rumah aku. Harap-harap nyenyaklah tidur si Adam tu.

                                                                                ********************

“ Lena tak tidur malam tadi Adam?? “ tanya mak sewaktu kami semua tengah sarapan.

“ Boleh la jugak..heee”

Adam bohong rupanya. Malam tadi dia tak boleh tidur langsung. Waktu aku ajak dia kait buah mangga dia cerita dekat aku. Dia memang agak susah nak tidur kalau dah beralih tempat. Kesian pula.

“ Adam awak ok tak ni? Tak ngantok ka? Kalau ngantok pi la tid0 dulu..”

“ Oke la sayang..hee”

“ I miss you..” aku tak tahu kenapa tapi aku nak sangat cakap kat dia betapa aku rindukan dia.
“ Again..tak dengar la..”

“ Ish takkan nak ulang k0t..mengada..wekkk”

“ I miss u too sayang..sekejap sangat dapat jumpa..japgi nak balik dah..emmm macam takmaw balek ja..”

“ Mana boleh..awak kan kerja esok..minggu depan jumpa lagi..saya dah nak balek Penang…”

“ Really…??? bagus bagus..” suka betul Adam bila dapat tahu aku akan pergi Penang minggu depan.

                                                                                ****************

Sudah seminggu aku tak jumpa Adam. Macam biasa, kami hanya berhubung melalui telefon. Setiap hari Adam telefon tapi kami hanya berborak sekejap saja. Kalau aku mesej pun kadang-kadang dia tak balas. Aku mula rasa pelik. Memang patut aku curiga dengan tindakan Adam sebab kami baru saja kenal. Masih banyak yang aku belum tahu pasal Adam. Seminggu yang lalu, selepas Adam balik ke Penang, mak ada nasihatkan aku. Mak tak mahu aku terlalu berharap pada Adam. Bukan apa, takut kalau dikecewakan. Aku terfikir juga kalau-kalau Adam ada motif lain terhadap aku.

Hari ni aku nak balik Penang. Sengaja aku tak beritahu Adam. Sepatutnya esok aku balik tapi adik aku tersalah beli tiket. Okey juga ni. Kiranya boleh buat kejutan untuk Adam. Semalam aku buatkan coklat untuk Adam. Aku malas kalau bab masak-masak ni tapi jiran aku si Yasmin dan Qushwa tu beria-ria suruh aku masakkan sesuatu untuk Adam. Mereka lah yang ajar aku macam mana nak buat coklat yang pelbagai bentuk tu. Yasmin sanggup pinjamkan acuan coklat yang pelbagai bentuk. Seronok betul aku ada jiran yang prihatin macam budak dua orang ni. Ceyy..prihatin la sangat. Mereka ni juga merangkap kawan baik aku. Aku selalu juga cerita pasal Adam dekat mereka. Semasa Adam datang rumah aku, mereka pun sibuk datang lepak dengan aku. Katanya nak berkenal-kenalan dengan ‘Mr muscle’ aku. Senget betul minah dua orang ni.

Aku sampai Penang ketika sudah hendak senja. Turun saja dari bas aku cepat-cepat meluru ke arah jeti. Sempat juga aku solat Maghrib di hostel.

                                                                                ******************

Malam tu seperti  biasa, Adam call. Kami borak sekejap tapi cukup bagi aku untuk mengetahui di mana Adam keluar makan. Nasib baik dia makan dekat area Ivory. Aku ajak Ezzaty, roommate aku teman aku makan luar. Sampai saja di kawasan ivory, dari jauh aku dapat lihat Adam dan kawan-kawan dia tengah borak-borak sementara menunggu makanan yang mereka pesan siap. Kebetulan, ada dua kerusi kosong. Satu di sebelah Adam dan satu lagi di sebelah hairol. Aku cepat-cepat berbisik pada Ezzaty supaya dia duduk di sebelah Hairol.

Adam tak perasan dengan kehadiran aku sebab dia duduk menghadap arah bertentangan aku. Tanpa disuruh, aku terus mengambil tempat di sebelah Adam. Aku dapat lihat reaksi muka Adam. Muka dia memang nampak macam terkejut dengan kehadiran aku tapi tidak ceria. Dia layan aku acuh tak acuh saja. Aku hairan sangat dengan perubahan layanan Adam terhadap aku. Aku punya la teruja dapat jumpa dia tapi dia langsung tak gembira. Ada yang tak kena ni. Lepas habis makan aku terus ajak Ezzaty balik. Selalunya Adam akan hantar tapi malam tu dia langsung tak offer diri nak hantar aku. Sebaliknya dia suruh aku jalan kaki saja. Aku tak kisah kalau nak jalan kaki tapi aku sangat kisah dengan perubahan mendadak tindakan Adam tu.

Malam tu aku dan Ezzaty tak terus pulang ke hostel, sebaliknya kami singgah di gym terbuka. Aku cerita tentang apa yang berlaku kepada Ezzaty selepas dia mendesak aku ceritakan hal sebenar. Masalahnya sekarang, aku sendiri pun masih keliru dengan apa yang baru berlaku. Aku perlukan penjelasan.

                                                                                *********************

Malam tu memang aku tak boleh tidur. Aku update blog dan aku stalk facebook Adam dan kawan-kawan dia. Aku rasa aku dah ada jawapan bagi perubahan sikap Adam terhadap aku. Menangis aku bila aku dapat tahu rupa-rupanya Adam ada motif kenapa nak rapat dengan aku. Bila aku baca wallpost Hairol berulang kali baru aku faham motif sebenar Adam berkawan dengan aku. Aku sengaja comment di wallpost tu. “ sukanya !!!”  Cesss…tak guna !!! Esok aku mesti jumpa Adam.

                                                                                **********************

“ This is for you…saya buat..kalau taknak makan sedekahkan kat orang..jangan buang..” aku menghulurkan coklat yang aku buat tu.

“ Eh mestila makan..awak buat..mana bole bagi kat orang..awak buat untuk saya kan..heee”

“ Adam..please lah…jangan berlakon lagi..sepatotnya hari ni awak putus dengan saya kan???”

“ Apa awak merepek ni?? Ni mesti pasal semalam ni..im s0rry okey..”

“ Adam…saya dah lama nak tanya awak…nape awak layan saya baik sangat..tapi semalam saya dah tahu napa awak baik gila dengan saya…apa kata awak berterus-terang???”

“ Ahaaa…bagus la kalau awak dah tahu..lagi senang…tak perlu la saya nak terangkan lagi kan???”
Ya Allah senangnya dia bercakap. Dia tak tahu ke yang aku dah jatuh sayang dekat dia. Aduhh..bedarah-darah hati aku ni. Lainnya perangai Adam dulu dengan Adam yang ada depan mata aku ni. Rasa macam nak humban ja Adam ni ke laut. Arghhh !!!! Lama aku senyap dan tenang merenung muka Adam.

“ Saya nak dengar dari mulut awak…”

Setelah mendengar penjelasan Adam yang panjang lebar tu, aku hanya tersenyum. Pelik kan?? Memang pelik. Selalunya orang akan menangis bila dikecewakan tapi aku ni boleh pula senyum-senyum.

“ Awak tak nangis pun?? Bukan ke saya dah sakitkan hati awak?? Awak tak kesah ke saya nak putuskan hubungan ni??”

“ Kesah..of course kesah…tapi kan Adam nasib baik awak bet untuk bersama saya sebulan lebih ja…kalau lagi lama lagi parah..best taw dapat pakwe angkat macam awak ni…saya happy walaupon sekejap ja..emmm” aku cuba berlagak cool depan Adam. Aku dapat lihat riak muka Adam yang tak puas hati dengan jawapan aku. Mesti dia ingat aku nak marah dia, nak nangis depan dia. Alahai Adam, aku masih waras la. Aku bukan macam perempuan lain yang senang-senang saja nak melatah.

“ Saya minta maaf Nurul…sebenarnya saya tak berniat pun nak lukakan hati awak…ini semua sebab saya bertaruh dengan kawan-kawan saya..” Adam masih mengulangi ayat penyesalannya.

“ Stop it Adam…tak yah nak ulang ayat tu…lain kali cuba berfikir guna akal…biarlah saya saja mangsa awak. Biarlah saya saja girlfriend angkat yang  awak ada…” Sempat aku kenakan Adam.

Kita perlu belajar menerima hakikat. Tidak perlu nak menyalahkan takdir. Mungkin kita ditakdirkan untuk belum menemui kebahagiaan sebenar. Bohonglah kalau aku kata yang aku tak marahkan Adam. Sekarang aku memang marahkan Adam sebab berpura-pura sukakan aku, tapi marah aku tak lama. Mungkin esok lusa aku dah tak marahkan dia. Aku akan menangis bila setiap kali aku melihat gambar aku dan Adam. Setiap hari aku mesti dengar lagu yang Adam nyanyikan untuk aku. Rindu dia !!!!

                                                                                **********************

Sudah seminggu aku tak jumpa Adam. Aku betul-betul tak faham dengan kelakuan Adam. Minggu lepas aku dah delete semua gambar aku dengan dia yang ada dalam facebook tu tapi semalam bila aku buka profile si Adam tu, aku tengok dia tak delete pun gambar kami berdua. Bertambah lagi ada la. Apa lagi agenda budak Adam ni. Arghhhh. Hakikatnya aku rindu gila dekat Adam.
Malam tu aku dapat mesej dari Adam. Oh my..Adam mesej?? Mimpi apa la si Adam ni nak hantar mesej dekat aku. Salah hantar ke?? Sedihnya kalau salah hantar. Aku akui aku masih tak boleh nak lupakan Adam walaupun aku tahu dia hanya berpura-pura saja.

“ Cik Nurul…awk tak rindukan sy ke?? I miss u syg..”

Gila. Gila. Kalau la dia tahu aku pon rindu gila dekat dia.. Eh kejap. Adam rindu aku?? Ini mesti muslihat dia. Aku tak tahu samada nak balas atau pun tak mesej si Adam tu. Macam biasa, aku ceritakan pasal mesej Adam ni pada roommate aku. Tidak sempat Ezzaty berikan pendapat, tiba-tiba telefon aku bunyi.

“ Guess who???” aku bertanya pada Ezzaty.

“ Adam..” Ezzaty macam tahu saja siapa yang telefon.

“ Perlu ke nak jawab zaty??”

“ Jawab je..” aik minah ni, selambanya dia suruh angkat.

“ Ahh takmaw la…nanti aku nangis pulak..”

Lama aku tenung handphone aku yang tergedik minta diangkat. Aku rasa lebih baik aku jangan layan si Adam tu. Takut pisang berbuah dua kali tiga kali empat kali dan berkali kali. Ezzaty hanya menggelengkan kepalanya bila melihat aku yang diam membisu. Adam ni tak penat ke terus-terusan call aku. 23 misscall. Call la lagi Adam oyy. Sampai misscall keseratos pun belum tentu aku nak angkat.

“ Weh uda, awat unk tak angkat call Adam tu..sian kat dia..mana taw ada hal penting dia nak bincangkan..” setelah penat mendengar handphone aku bernyanyi si zaty tu pun bersuara.

“ Kaw tau kan apa dia dah buat kat aku..malas la nak layan dia..”

“ Eleh..poyo lah kaw..aku rasa dia pun suka kaw la..”

“ Jangan nak merepek we..dia tu jenglot la..nak kenakan aku ja tu..kalau la betul dia rindu aku tapi kenapa baru sekarang nak mesej aku?? Dah seminggu kot aku tunggu..”

“ Emm betol jugak tu…napa sekarang baru nak call kan..haisshh parah jugak ni..kaw pandai-pandai la ye..” eh budak zaty ni, tak membantu langsung.

“ Tak boleh pakai la kaw ni..aduhh”

“ Uda aku rasa aku dah hampir membantu kaw ni..meh sini cepat” arah zaty kepada aku supaya segera melihat video di facebook..”

“ Video apa ni zaty?? boleh bantu aku?? Eh cop cop..tu macam Adam..apa dia buat tu??” tanyaku kepada zaty. Tak sabar dan berdebar-debar la pula.

Memang susah nak percaya apa yang diluahkan oleh Adam dalam video yang dirakam khas untuk aku tu. Berulangkali aku tengok video tu. Betulkah?? Aduhh..

“ Nurul huda, listen to me please..saya tahu memang patut awak marahkan saya…mula-mula tu memang niat saya hanya nak mainkan perasaan awak..seperti yang dirancang, saya mesti buat awak sukakan saya dan keluar makan dengan saya setiap hari..kiranya saya memang dah berjaya..saya senang bersama dengan awak..saya dah jatuh sayang kat awak..saya taknak teruskan semua benda tipu tu..kalau boleh saya taknak awak tahu mengenai hal ni tapi tak sangka awak dapat tahu juga..saya memang mati akal waktu kali terakhir berjumpa awak..seminggu saya tanggung beban rindu awak tahu tak..saya cuba tak berhubung dengan awak tapi kali ni dah tak mampu..rindu sangat nak dengar awak membebel..karakter awak yang suka bercakap dan pandai buat lawak tu membuatkan saya betul-betul sukakan awak..please..terima saya semula..i need your answer..please answer my call..”

Zaty beria like video yang Adam post dekat wall aku tu. Kurang asam jawa betol la dia ni. Lama aku termenung memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku. Adakah aku akan terima adam semula? Kalau aku terima dia maknanya aku izinkan hati aku dikecewakan lagi?? Oh no..what shoul I do then?? Adam nak berkawan semula..Accept ke reject ke ignore ke?? Aik dah macam dalam facebook pula. Sebenarnya marah aku dah reda. Tak sampai lima minit aku bermonolog, handphone aku kembali bernyanyi. Kali ni aku rasa macam nak jawab pula.

“ Yes..finally awak sudi jugak jawab kan..say something nurul… I really miss you!!!”

“ Eleh…berlakon kan???  Rindu konon..bla bla bla wattefilletoffish..”

“ Jangan la cakap macam tu…ini serius..”..tergelak aku bila dengar Adam nyanyi gaya wonderpets.

“ Gelak awak yang unik ni paling saya rindu..takkan ada yang sama..syg, mintak sorry sangat..kesiankan lah saya..saya rela dihukum awak..” beria Adam memujuk aku.

“ Ok ok..saya maafkan..tapi ingat !! jangan nak ulang kesalahan sama. Delete video yang awak post dekat wall saya tu..rimas la !!” cepat betul aku maafkan Adam tu.

“ Alaa..buat apa nak delete..itu tanda saya bersubgguh-sungguh nak dapatkan awak semula taw..penat saya cover macho dalam video tu..biar la kat situ..”

“ No..you delete sekarang jugak !!”

“ Alaa...yelaa..as you wish..i delete.”..segan kut kalau orang tengok. Ahahaha..

Lama juga aku berborak dengan Adam. Zaty pun sibuk nak dengar perbualan aku. Minah tu siap buat muka tak puas hati lagi. Yela, mesti dia pelik dengan tindakan aku yang senang-senang saja maafkan Adam. Selepas selesai berborak dengan Adam aku sambung bersembang dengan Zaty. Zaty tu sokong saja apa keputusan aku. Aku harap sangat kali ni aku dan Adam akan bersatu selamanya. Tak perlu lah aku nak membalas dendam. Manisnya memberi maaf lebih baik dari manisnya membalas dendam.




                                                               




2 comments:

zaza.. said...

hahahaha ! giler berangan lah ! hihihi

huda yonce said...

imaginasi yang tak mungkin huh...^^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...