CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 3, 2011

~ 7 sunnah nabi Muhammad SAW ~

kawankawan...marilah kita mengamalkan sunnah nabi kita...tidak rugi p0n...yang mana mampu kita laksanakan dengan ikhlas...marilah kita menjaga 7 sunnah nabi setiap hari...selamat beramal...^__^


1 >>> Tahajjud
Kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2 >>> Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3 >>> Masjid
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4 >>> Solat Dhuha
Jaga solat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5 >>> Sedekah
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan orang yang bersedekah setiap hari.

6 >>> Wudhu
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7 >>> Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir, kata Arifin Ilham, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...